23 October 2009

SELANGOR - Go Selangor Go !!!!!


Salam....Salam Sejahtera.....
yeahh !!!...esok selangor akan menentang Terengganu bagi suku akhir kedua Piala Malaysia...
walau pun hanya sekadar seri 1-1 di SSA selasa lepas...
namun....mereka masih lagi bersemangat untuk membalas dendam di KT malam esok...
tiada masalah kecederaan....tiada masalah fitness.....
K Devan juga dah berjanji yang SELANGOR akan ke FINAL......
aku ni masih berbelah bagi...same ade nak ke KT atau pun tak....
kuantan ngn KT tak laa jauh mane.....
ade jodoh, sampai laaa ke KT.....kalu tak, tunggu FINAL jer laa....hahahaha....

"DGN NAMA ALLAH YG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI"

Terengganu [1] lwn Selangor [1]

Tarikh: 24 Oktober 2009 (sabtu)
Venue : Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Syah

Masa : 8:48 malam



"YA ALLAH YA TUHAN KAMI,Permudahkanlah Jalan Untuk Pasukan Selangor Memenangi Perlawanan Ini. Terangkanlah Hati Para Pemain Selangor, Lapangkanlah Dada Mereka Juga Permudahkanlah Pemain Selangor Untuk Menjaringkan Gol Sekaligus Memenangi Perlawanan Ini dengan kelebihan aggregat. AMIN" INSYAALLAH.


seandainya Selangor menang, kami bersyukur..
kalau Selangor sekadar cuma termampu seri, tkpelah..alhamdulillah..
dan andaikata Selangor kalah lagi, apa nk buat, tu kan rezeki..

jurulatih selangor membuat kenyataan kepada KOSMO!....

Devan masih ada keyakinan


AMRI YAHYAH (kiri) menjaringkan gol Selangor pada perlawanan suku akhir pertama
di Stadium Shah Alam kelmarin.


BIARPUN Selangor gagal mendapat bekalan selesa untuk dibawa ke Kuala Terengganu Sabtu ini, jurulatih Selangor, K. Devan tetap yakin pasukan bimbingannya itu akan layak ke separuh akhir Piala Malaysia 2009.

Selangor sekadar seri 1-1 dengan Terengganu pada aksi suku akhir pertama di Stadium Shah Alam kelmarin apabila jaringan Amri Yahyah pada minit ke-20 berjaya dipadamkan Zairo Anuar Zalani tiga minit selepas itu.

Menurut Devan, hanya satu cara untuk memastikan Selangor dapat mengetepikan cabaran Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada perlawanan suku akhir kedua Sabtu ini iaitu mendapatkan gol awal.

"Selangor kena menjaringkan gol awal. Selepas itu pastinya Terengganu akan bermain secara terbuka kerana mereka juga perlu menjaringkan gol dan menang.

"Kita tidak boleh seri 0-0 di sana kerana Terengganu akan layak menerusi kelebihan gol tempat lawan. Tapi jika seri 2-2, Selangor pula yang akan layak.

"Jadi kita ke Kuala Terengganu dengan misi mendapatkan gol awal dan mencari kemenangan. Saya rasa Selangor tetap akan ke final, pegang kata-kata saya ini," kata Devan selepas perlawanan kelmarin.

Diminta mengulas tentang keputusan seri 1-1 pada aksi pertama itu, Devan berkata, pasukan Selangor telah beraksi dengan baik dan menguasai perlawanan tetapi hanya penyudah tumpul menjadi masalah utama mereka.

"Tiada masalah dengan kesebelasan pemain. Jika kita gagal mencipta peluang, barulah saya kena tukar kesebelasan.

"Tapi sepanjang perlawanan kita telah tampilkan satu kualiti yang baik, menguasai perlawanan dan mendapat banyak peluang. Cuma pemain sedikit tertekan kerana terlalu mahukan gol," jelas Devan.

Sementara itu, bagi menyemarakkan semangat para pemain Selangor, Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC) akan menganjurkan rombongan ke Kuala Terengganu bagi menyaksikan perlawanan Sabtu ini.

"Penyokong Selangor yang berminat bolehlah menghubungi 012-3209207 (Nasir), 017-3177505 (Azhari), 019-3406841 (Shahiran) atau 012-3687576 (Hairy) untuk tempahan tempat duduk.

"Kita akan berkumpul di pintu utama Stadium Shah Alam pada 11.55 malam Jumaat (esok). Bayaran RM66 termasuk tiket perlawanan," kata Presiden SSFC, Nasir Yunus.

selain itu....menurut Mr Manager Selangor....
pemain pemain dalam keadaan bersemangat.....
dan mengharapkan doa penyokong2 agar mendoakan kejaayan selangor diKT...
begitulah yang dinyatakan Mr Manager dalam Portal Tersohor E-fans Merah Kuning...
www.selangorfc.cm
{Inspirasi Kegemilangan Merah Kuning}

berikut adalah ulasan beliau....
Assalamualaikum W.B.T pada semua penyokong Selangor dan Salam Aidilfitri serta Deepavali.

Atas permintaan anda, saya akan cuba ulas sedikit tentang pasukan kesayangan kita walaupun ada permintaan yang berbunyi agak kasar sedikit. Saya faham emosi anda lantaran keputusan yang tidak menggembirakan anda semua Selasa lepas namun saya pasti emosi anda belum "kacau" lagi. Untuk pengetahuan semua, saya sentiasa membaca semua komen2 anda SETIAP HARI kecuali jika saya outstation. Cuma saya tidak berkesempatan untuk membalas lantaran kesibukan saya. Kalau tidak takkan 4 piala kita dah sapu tahun ni kan?

Saya amat menghargai serta menyanjung tinggi segala sokongan yang saudara semua berikan samada yang hadir di stadium, yang mengikuti melalui radio atau internet mahupun yang mengikuti dari jauh. Tanpa sokongan saudara, Selangor team is nothing.

Memang keputusan perlawanan Selasa lepas tidak seperti yang anda semua harapkan, namun saya tegaskan disini bahawa saya berpuashati dengan permainan anak-anak buah saya. Katalah apa pun, saya yakin dengan kesungguhan yang mereka tunjukkan. Belum ada keperluan lagi untuk menekan "panic button". Mereka telah berusaha bersungguh-sungguh terutama dibahagian pertahanan. Mereka berterusan mencuba untuk menambah gol namun atas teori nasib mereka gagal menyudahkan sebaik mungkin segala gerakan serangan yang dibuat. Mungkin disebabkan kekurangan kreativiti untuk membolosi pertahanan lawan yang berkubu di tempat mereka, terlalu tertekan untuk mendapat jumlah gol yang disasarkan sebelum perlawanan serta dibantu oleh sikap pegawai perlawanan yang tidak alert dengan beberapa insiden menyebabkan pemain menjadi bertambah tertekan.

Tidak timbul masalah fitness dan taktikal. Buktinya, selepas perlawanan, hampir semua pemain T'ganu rebah di padang kepenatan malah semasa perlawanan berlangsung, ramai pemain T'ganu yg tumbang akibat crammed, cedera & penat.

Ringkasnya, kita telah bermain dengan baik tetapi mendapat keputusan yang kurang memuaskan. Namun, kita tidak tewas. Kalau nak dilihat dari segi kualiti, memang pasukan Selangor jauh lebih baik daripada T'ganu. Tetapi dalam bolasepak, segala2nya boleh berlaku. Lihat saja pagi Selasa lepas, Barcelona sebuah kelab ternama dunia tewas kepada kelab yang saya pun tak tahu dtg dari mana. Ini semua membuktikan bahawa bolasepak ini satu sukan yang adil. Hanya pasukan yang mempunyai kekuatan mental dan fizikal ketika perlawanan berlangsung sahaja yang akan mencapai kemenangan dan kekuatan itu mestilah dalam bentuk persepaduan satu pasukan, bukan separuh-separuh.

Pada saya, pasukan Terengganu tidaklah sekuat mana. Mereka bergantung kepada 2/3 orang pemain berpengalaman dan berharap pada kekuatan semangat semata2. Saya pasti, keadaan pasti berubah jika sekiranya kita memperolehi 2/3 gol di separuh masa pertama.

Untuk perlawanan di KT nanti, pemain telah berazam untuk bangkit dan pastikan kita separuh akhir. Malahan pemain bukan setakat mahu ke akhir, mereka sudah berazam untuk menjadi juara dan mereka benar2 serius! Harus diingat, bahawa untuk tahun ini, pasukan Selangor adalah pasukan yang semua pasukan ingin kalahkan. Jika sekiranya Selangor disekat, pasukan yang tewaskan Selangor itu pasti yakin bahawa mereka ada harapan untuk jadi juara atau membuka seluas-luasnya peluang juara kepada pasukan lain. Jadi tentangan yang diterima oleh Selangor bukan calang2 tentangan.


Harapan saya kepada saudara2 semua hanyalah satu; doakan kejayaan kami di KT nanti serta ambil kesempatan malam ini, malam jumaat untuk bersolat hajat memohon Allah melindungi kami sepanjang perjalanan kami ke KT dan kejayaan pasukan di sana nanti. Kami berazam untuk pulang dengan kejayaan kerana perjalanan kami ini bukan sebarang perjalanan biasa tetapi "Perjalanan Perjuangan Menuntut Maruah" dan paling penting untuk memastikan penyokong yang turut hadir di KT nanti pulang dengan penuh kegembiraan dan kepuasan.

Insyallah, saya akan pastikan kegembiraan di KT tahun lepas dalam separuh akhir FA Cup akan berulang Sabtu ini dan saya bertanggungjawab sepenuhnya atas apa sahaja keputusan yang diperolehi nanti.

Kepada sesiapa yang berkelapangan esok (jumaat), boleh lah turun ke hotel Carlton jam 12 atau di Subang Airport jam 1 ptg untuk merangsangkan semangat pemain2. Kami akan ke KT pada hari Jumaat jam 2.05 ptg menaiki pesawat Firefly.

Harap penjelasan ini memuaskan dan jika ada terkurang maaf dipinta kerana kami juga manusia biasa, tidak lari dari kesilapan.

Wasalam
ape ape pun....
aku mendoakan SELANGOR berjaya mara ke semi final....
dan seterusynya ke FINAL untuk kali yang ke bape ntah.....
banyak sgt dah selangor kat FINAL....wakakakaka.....
lantas menjuarai Saingan Piala Malaysia musim ni untuk kali yang ke 34...
Insya Allahhh....AMINNNN !!!!
Go Selangor Go !!!!!!!!

cheriiiiiooooo....73 de kamal...

~Dimana Teknologi Mengabadikan Kenangan~

18 October 2009

KENDERAAN - Hati Hati itu WAJIB !!!

Salam.....Salam 1Malaysia....

lame tul aku tak update blog....
busy sikit laaa....eh...busy ker???
bukan malas nak update ke...hahahaha......

bukan per...ari ni rase nak update blog lak....
sebabnye....aku bangun2 tadi....
terus bukak Berita Harian Online ....
biase laaa tu....bukak bukak tenet terus bace sok kabor...
pastu terbaca laaa berita utama Berita Minggu hari ni....
Sedih....Geram....Bengang....Sume ade laaa.....
Innalillah....ni beritanye...

Dua maut, 8 cedera

Oleh Azrina Ahzan dan Mohd Hamizar Hamid
bminggu@bharian.com.my


ANGGOTA polis mengangkat mayat wanita mengandung yang terkorban dalam nahas kereta merempuh enam motosikal di Putrajaya, semalam.

Kereta dipandu laju rempuh enam motosikal berteduh hujan

PUTRAJAYA: Seorang wanita sarat mengandung dan anak perempuannya berusia lima tahun maut, manakala lapan yang lain cedera, termasuk dua parah selepas sebuah kereta yang dipercayai dipandu laju, merempuh enam motosikal yang berteduh daripada hujan lebat di Pesiaran Utara berhampiran Seri Perdana, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Sarisah Marwin, 33, yang juga warga Indonesia, sedang memangku anaknya, Chandrawati Misan, terbunuh di tempat kejadian, manakala anaknya meninggal dunia di Hospital Putrajaya.


Ketika kejadian, mangsa yang membonceng motosikal suaminya dipercayai berada pada kedudukan paling akhir di antara enam motosikal lain yang berhenti di bawah jejambat itu, yang turut dirempuh kereta berkenaan.

Akibat rempuhan kuat, anak mangsa tercampak sejauh kira-kira 15 meter, manakala suaminya yang turut cedera dirawat di Hospital Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata pemandu Proton Wira terbabit dipercayai memandu laju sebelum terbabas dan merempuh keenam-enam motosikal berkenaan.

"Pemandunya seorang pelajar institut pengajian tinggi awam berusia 18 tahun sudah ditahan bagi siasatan lanjut.

"Ketika kejadian, ada 10 penunggang dan pembonceng motosikal di tempat kejadian. Dua daripada mereka, termasuk seorang anggota polis daripada Cawangan Persenjataan Balai Polis Daerah Putrajaya parah, manakala enam yang lain cedera ringan.

"Semua dirawat di Hospital Putrajaya," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Saksi yang juga seorang pemilik motosikal yang dirempuh, Syazwan Hanafi, 19, berkata kejadian berlaku sangat pantas.

"Ketika saya sedang berhubung dengan rakan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat kerana kereta itu terlanggar pembahagi jalan di laluan paling laju.

"Tiba-tiba kereta itu bertukar arah dan terus menuju ke arah kami sebelum merempuh mangsa dan keenam-enam motosikal di sini. Saya nampak budak perempuan itu tercampak selepas dirempuh," katanya yang turut mengalami kecederaan di kaki akibat dihempap motosikalnya.

Syazwan yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Presint 9 dekat sini, berkata seorang tetamu yang sedang dalam perjalanan ke rumah terbuka Aidilfitri anjuran Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan di Presint 10 turut berhenti membantu mangsa.


Pada aku laaa....kelajuan ni sebenarnye KESERONOKAN....
tapi bile sebab kelajuan ade yang kematian, ade yang kecelakaan.....
die jadi tak seronok laaaa.....
boleh nak laju....sape kate tak leh laju laju....
tapi, kene konsider banyak faktor laaa.....antaranya...

-kondisi kenderaan
-keadaan jalan
-kondisi pemandu
-faktor cuaca
-keadaan lalulintas

sebagai contoh.....
hari baru lepas hujan.....kompem kompem laaa jalan tu basah....
yang pegi santak sampai 160kmj tu nape??
walau tayar mahal dan grip macam mane pun....tetap bahaya....
tayar tu tak betul2 bersentuh dengn permukaan jalanraya....
menyebabkan steering jadi free.....
tersilap sikit jer....boleh terbalik keta wooo.....

ni ade beberapa gambar kemalangan yang aku snap....

*klik gambar untuk saiz sebenar

gambar kat atas ni kat LABIS kalu tak silap...
mase tu aku ondeway nak ke johor baharu....
gi umah makcik....sekitar jam 7.00 malm....
keadaan mangsa tak dapat diketahui....
sebab aku sampai2 je....pemandunye dah tak de...
anto ke hospital kot.....rasenye mangsa dari UTM nak balik kampung...
sebab brang penuh kat dalam keta....dan ade stiker studeng UTM...

*klik gambar untuk saiz sebenar

yang ni pulak aku snap kat MRR2.....
mase ni baru pas anto member kat umah die kat AU bape ntah...
baru balik dari layan Final AF yang stacy juara tu...heheheh...
memandu dalam keadaan mengantuk dipercayai punca kemalangan ni...
time aku sampai....mangsa baru kuar dari kereta dah ambulan pun baru sampai...
sume mangsa dibawa ke hospital.....

*klik gambar untuk saiz sebenar

kemalangan yang ni pulak berlaku kat lebuhraya PLUS...
mase tu ondeway nak ke melaka...
tak tau laa camne keta ni leh tibe tibe ade tengah2.....
dahsyat tul...

rasenye kempen kempen....
ops...ops...yang skarang ni kurang berkesan laaa....
jadi, kene pikir satu alternatif baru untuk sedarkan masyarakat....
pape pun....Selamat Memandu....
dan igt...Hati Hati itu WAJIB !!!!!!

cheriiiiiooooo....73 de kamal...

~Dimana Teknologi Mengabadikan Kenangan~
~Dimana Teknologi Mengabadi Kenangan~ © 2008
|| 2008 SkamalS Pikcer dot blogspot dot Com || All rights reserved © ||
Template by: SkinCorner