22 December 2008

SELANGOR - Nantha tu beb.... =)

*klik gambar untuk saiz sebenar

Hahahahahaha..........nak tergelak aku tgk gambar ni....korang kenal tak sape mamat yang tinggi kat tengah2 tu?? kalu korang tak kenal, meh sini aku kenalkan....die adalah K.Nanthakumar....pemain baru selangor untuk musim ni.....berusia 31 tahun...

bermain di posisi CM, DM, dan CB....corak permainannye....hmmm....malas nak komen....die antara player yang aku musykil camne leh dapat national call up....tapi takde laa aku tanye die....segan la pulak....tgk je laa aksi mase piala asia 2007 aritu....adeh laaa....

mengulas tentang corak permainan die ni dalam beberapa siri perlawanan pramusim selangor yang aku tgk sendiri, nyata sekali die ni lum boleh diberi peluang bermain samada fulltime atau pun sub.....gayanye saling tak tumpah mase mewakili malaysia dalam piala asia 2007 dulu.....pelik...pelik...camne pengurusan selangor leh terdetik nak amik die, aku pun tak tau laaa...dah tersurat rezeki die kat selangor...terima je laa...hehehehe.....

walau apepun Nantha....selamat datang ke selangor.....dan aku berharap....die dapat pertingkatkan lagi prestasi die....all the best to nantha....hehehehe....

p/s: depan salam, belakang kutuk(bukan kutuk, kritik laa...) ehehehe......

~Dimana Teknologi Mengabadi Kenangan~

11 December 2008

GRAFIK - FAM (Foolish Association in Malaysia)

*klik gambar untuk saiz sebenar

Malas nak cakap....malas nak komen....malas nak kritik.....bukan org2 FAM bace pun.....dorang bukan reti internet2 ni.....website pun cam gam jer......malas dah nak sokong malaysia.....selagi kaum kerabat FAM ni tak kuar dari FAM.....jgn harap laaa malaysia boleh berkembang.....

ketersingkiran malaysia dalam AFF suzuki cup ni memang sudah dijangka.....aku meletakkan 100% kesalahan atau penyebab utama adalah FAM.....bodoh dan sombong.....


ni petikan dari www.bharian.com.my

Wisel sudah berbunyi, Sathia!

Daripada Ahmad Khawari Isa di Phuket
ahmadkhawari@bharian.com.my

Misi Piala Suzuki berakhir penuh aib, skuad didikannya kena 'titik'

JURANGNYA jelas ketara, lantas derita jadi milik negara.

Malaysia gagal melangkah ke separuh akhir Kejohanan Piala Suzuki AFF buat hanya kali kedua dalam sejarah 12 tahun saingan selepas ditumpaskan Thailand 3-0 di Stadium Surakul, petang semalam.

Anak buah B Sathianathan terpaksa akur betapa tuan rumah lebih tenang menepis asakan ketika ancaman balas membuatkan skuad negara dirundung bimbang. Di akhirnya, mereka senasib dengan barisan Hatem Souissi yang turut tersingkir pada peringkat kumpulan 10 tahun lalu di Vietnam.

"Memang jurang beza ketara. Pelannya ialah untuk mencari gol awal, tetapi mereka pula yang mendapatnya. Apabila kita menyerang untuk cuba mencari jaringan, tiada pula disiplin di benteng. Thailand buktikan mereka pasukan handal dan sukar menewaskan mereka di tempat sendiri," akui Sathianathan.

Di awalnya, rombakan dijanjikan B Sathianathan di gawang jadi kenyataan apabila Syed Adney Syed Hussein turun selaku benteng terakhir. Namun penampilan sulungnya hampir ditimpa nasib sama pada minit ke-17 apabila Thailand cuba memalukannya sama seperti dilakukan Vietnam terhadap Helmi Eliza Elias.

Cuma kali ini, cubaan jauh kapten tuan rumah, Datsakorn Thonglao dari jarak 25 meter menyaksikan Syed Adney kelam kabut meluru kembali ke pintu gol untuk bola sekadar terkena palang. Lantunannya dikutip Suchao Nutnum tetapi kuisan berjaya ditampan Syed Adney untuk menyelamatkan keadaan.

Sayangnya, aksi hebatnya itu segera dilupakan angkara kesilapan benteng negara yang membenarkan ruang untuk Sutee Suksomkit meledakkan rembatan deras dari sebelah kiri yang biarpun ditampan Syed Adney, tetap menggegar jaring buat gol pembukaan tuan rumah.

Ketika belumpun sempat seminit babak kedua berlangsung, gawang negara bocor lagi. Teerasil Dangda meluru untuk bola awalnya terkena kaki Syed Adney. Malang buat skuad negara kerana lantunan kembali ke kaki Teerasil yang mudah menguis masuk ke gawang untuk gol kedua Thailand.

Satu-satunya kesempatan terbaik negara jadi milik Zaquan Adha pada minit ke-72, tetapi rembatannya dalam kawasan penalti tinggi melewati palang. Tiga minit kemudiannya, Teerasil melengkapkan derita negara dengan gol ketiga Thailand hasil kuisan mudah menewaskan Syed Adney.

"Gol kedua itu mengesahkan nasib malang kita. Tetapi lebih penting, memang misi menang ke atas Thailand amat sukar. Bagi kami, segalanya bergantung kepada perlawanan menentang Vietnam. Apabila kita kalah biarpun bermain baik, harapan ke separuh akhir sebenarnya sudah berakhir," akui Sathianathan.

Impian hancur yang juga hampir pasti menokhtahkan detik waktunya bersama skuad negara.

10 December 2008

HAIWAN - udang oh.....udang.... =)

*klik gambar untuk saiz sebenar

Assalamualaikum...

Cam biase laaa....cuti2 ni...tak de mende nak buat.....so.....aku telah di"dera" oleh ayahku.....hahahahaha......pe lagi.....mengisa laaaa......kat pantai kampung aku tu.....
pantai kelanang......setakat ni alhadulillah laaa....tak penah lagi aku mengisa ni balik ngn tangan kosong....

dan gambar yang kat atas ni adalah kutipan hasil yang terbanyak......memang best laaa....penat memang penat....tapi bile kite mengarau jaring tu....tgk banyak hasilnye....semangat tu datang jer.....hehehehe....dah lame aku tak mengisa ni.....so, mengahhhh gak laaa....
sebelum2 ni, kalu mengisa dalam 7, 8 kali tarik laaa...tapi skang ni....3 kali tarik je dah tak larat dah....hahahaha.....

jadi, bagi korang2 yang tak tau ape itu mengisa....aku ade sediakan gambar rajah kat bawah ni.....


langkah2 nye seperti berikut :

-bawak jaring kat dalam laut tu...
-pastu tarik laaa....dari a ke b...
-kemudian, bapak den akan lencongkan...jadi macam kat b tu...
-tarik lagi ke c pulak....atas pantai...mak den tunggu kat c tu...
-kutip laa ape2 yang ade kat jaring tu...hehehehe...
-diulanglaaa sehingga penat...heheheh.....

BONUS : udang harimau

*klik gambar untu saiz sebenar

~Dimana Teknologi Mengabadi Kenangan~
~Dimana Teknologi Mengabadi Kenangan~ © 2008
|| 2008 SkamalS Pikcer dot blogspot dot Com || All rights reserved © ||
Template by: SkinCorner