01 December 2009

SELANGOR - Selangor 2010...Go Selangor Go !!!


Salam....salam sejahtera...salam satu malaysia...heheheh...

Musim 2009 dah pun berlalu....
pade den, musim lepas boleh dikatakan musim kebangkitan selangor...
ye laa...lepas dari treble 2005.....
selangor takde menang papepun.....
dan pade 2009, alhamdulillah.....
dua piala telah kembali ke bumi selangor...
iaitu...piala sumbangsih dan piala FA....
manekala, buat pertama kalinye selangor menjuara saingan Liga Super....
jadi, musim 2009 boleh dikatakan tahun kebangkitan selangor.....

Namun...untuk saingan musim 2010....
Selangor pastinye perlu lebih bersedia....
kerana....pada musim 2010...selangor akan bermain dalam saingan antarabangsa....
selangor akan mewakili Malaysia dalam AFC cup.....
jadi, perancangan musim depan harus lebih teliti dan berkualiti....
jadual perlawanan akan bertambah berbanding pasukan pasukan lain....
kecergasan pemain perlu sentiasa dipantau.....
pemain2 mungkin kepenatan....ye laa...travel ke luar negara.....
nak main liga super lagi.....perghhhh....

Oleh itu...selangor menampilkan beberapa muka baru...
dan terpaksa mengenepikan beberapa pemain lame....
berikut adalah pemain pemain selangor untuk musim 2010...
mengikut seperti yang disampaikan oleh admin selangorfc.com...
www.selangorfc.cm
{Inspirasi Kegemilangan Merah Kuning}

GK: Hamsani Ahmad, Mohd Iqbal Suhaimi (2004-08 Pahang, 2009 Proton FC), Fairul Azwan
DR: Razman Roslan, D Surendran
DL: P Gunalan, Asrarudin Putra Omar
DC: Nasriq Baharom, Khairul Anuar Baharom, Zaiza Zainal Abidin

MR: R Surendren, Liew Kit Kong (KM Naza)
ML: Amirulhadi Zainal, Fitri Shazwan Raduwan
MC: Hardi Jaafar, Amri Yahyah, Bunyamin Omar (MyTeam), Safiq Rahim (KL Plus), Fazilidin Khalid

FW: Safee Sali, Rudie Ramli, Farderin Kadir (KM Naza), Azrine Efendy Sa'duddin (Johor)

Coach: K Devan
Assistant Coaches: P Maniam, Rosedy Mohd Nadzir
GK Coach: Azmin Azram Abdul Aziz

diharapkan skuad 2010, dengan beberapa pemain baru (kaler biru).....
dapat menjadikan pasukan selangor lebih mantap untuk mengharungi musim depan yang pastinye lebih mencabar dari musim 2009....
jurulatih perlu melalukan rotation pemain bagi mengekalkan konsistensi mereka....
jangan asyik dok gune set player yang same jer....
sebab musim depan lebih padat....kalu gune set player yang same jer...
pemain akan kepenatan dan prestasi pun merudum......
ape ape pun terpulang pade coach dan management.....

Semoga Berjaya untuk musim depan....
tak sabar rasenye nak gi stadium.....
lame dah tak pi stadium ni.....huhuhuhuhuhuh......
pastikan semua piala milik kita......insya allah....AMINNNNN....

Go Selangor Go !!!

cheriooooo...jumpe dan jumpe lagi....
73 de kamal.....

~Dimana Teknologi Mengabadikan Kenangan~

Salam Aidiladha !!!


Salam....salam qurban....
semoga rakan2 berada dalam keadaan sehat dan sejahtera.....

bukan terlewat...atau tak de internet....atau malas nak ucap awal2....
tapi, memang saje je nak tunggu hari last baru nak wish.....hehehe....
ok laa....
selamat menyambut hari Raya Aidiladha....
ucapan je laaa yang mampu aku ungkapkan...
nak cite sejarah qurban ni pun aku tak reti sgt...
kang termasuk cite bahtera nabi noh kang....
ish...janggannnnn....hehehe....

dan kepada para jemaah haji....
semoga anda mendapat haji yang berkat...
ape org kate...haji yang MABRUR....aminnnn....
jgn balik2 jer...terus bangga dan riak...
ye laaa....org dah pegi haji laa katekan...
nauzubillahhhh....

makan daging lembu @ kambing @ unta berpada pada...
jgn sampai pening kepala.....dan terqurban....hahahahaha...
ape da ayat.....pusing...pusing....pusing....
hahahaha.....

cheriooooo...jumpe dan jumpe lagi....
73 de kamal.....

~Dimana Teknologi Mengabadikan Kenangan~

01 November 2009

HAM - 9W2NMS adalah aku !!! =)

*klik gambar untuk saiz sebenar

Salam....Assalamualaikum....Salam Sejahtera...Salam 1Malaysia....

Alhamdulillahhhhh....
Syukur kehadrat Nye....Akhirye...
dapat gak den wat callsign....
walaupun surat lulus RAE tu dah lame dapat....
tapi, kerana dek kesempitan waktu dan kesempitan fulus....ahahaha....
tak dapat nak wat cepat.....sampaikan dah nak RAE balik dah...hehehe...

terima kasih kepada Pak Nordin (9M2NM) dan Pak Mon (9W2MON) kerana sudi sign borang den....
terima kasih gak pada SWAL Pak Tam yang membantu den dalam mendapatkan tandatangan 9M....
dapat sign mase open house kat umah Tuan Md Noor (9W2TMN)....
terima kasih semuaa rakan2.....hanya Allah dapat membalas jasa anda semua... =)

pada mulaye nak wat kat kuantan.....
sekali MCMC kuantan kat 2minggu baru siap callsign...
jadi, den pun wat laaa kat shah alam....
ari jumaat lepas....kul 5 pagi gerak dari kuantan...
terus kat shah alam....pas wat callsign....
terus balik banting....Alhamdulillah...Semua lancar....

bercerita tentang callsign.....
9Nine Whiskey 2Two November Mike Sierra....
callsign ni MCMC yang bagi...hehehe....
hajatnye 9W2SKS atau pun 9W2SMN.....
tapi tu laaa...lambat sgt wat callsign....
takde rejeki dan takde jodoh.....hehehehe...
jadi, akak MCMC tu pun pilihkan laa yang 9W2NMS....
layan je laaa.....janji ade N, M, S.....ok laaa....hehehehe....
bilaaa laaa ak keudara ni.....hahahahaha......
papepun....sampai sini je kot...
jumpe dan jumpe lagiiiii......

Cheriooooooooo......73 de kamal...

~Dimana Teknologi Mengabadikan Kenangan~

23 October 2009

SELANGOR - Go Selangor Go !!!!!


Salam....Salam Sejahtera.....
yeahh !!!...esok selangor akan menentang Terengganu bagi suku akhir kedua Piala Malaysia...
walau pun hanya sekadar seri 1-1 di SSA selasa lepas...
namun....mereka masih lagi bersemangat untuk membalas dendam di KT malam esok...
tiada masalah kecederaan....tiada masalah fitness.....
K Devan juga dah berjanji yang SELANGOR akan ke FINAL......
aku ni masih berbelah bagi...same ade nak ke KT atau pun tak....
kuantan ngn KT tak laa jauh mane.....
ade jodoh, sampai laaa ke KT.....kalu tak, tunggu FINAL jer laa....hahahaha....

"DGN NAMA ALLAH YG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI"

Terengganu [1] lwn Selangor [1]

Tarikh: 24 Oktober 2009 (sabtu)
Venue : Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Syah

Masa : 8:48 malam



"YA ALLAH YA TUHAN KAMI,Permudahkanlah Jalan Untuk Pasukan Selangor Memenangi Perlawanan Ini. Terangkanlah Hati Para Pemain Selangor, Lapangkanlah Dada Mereka Juga Permudahkanlah Pemain Selangor Untuk Menjaringkan Gol Sekaligus Memenangi Perlawanan Ini dengan kelebihan aggregat. AMIN" INSYAALLAH.


seandainya Selangor menang, kami bersyukur..
kalau Selangor sekadar cuma termampu seri, tkpelah..alhamdulillah..
dan andaikata Selangor kalah lagi, apa nk buat, tu kan rezeki..

jurulatih selangor membuat kenyataan kepada KOSMO!....

Devan masih ada keyakinan


AMRI YAHYAH (kiri) menjaringkan gol Selangor pada perlawanan suku akhir pertama
di Stadium Shah Alam kelmarin.


BIARPUN Selangor gagal mendapat bekalan selesa untuk dibawa ke Kuala Terengganu Sabtu ini, jurulatih Selangor, K. Devan tetap yakin pasukan bimbingannya itu akan layak ke separuh akhir Piala Malaysia 2009.

Selangor sekadar seri 1-1 dengan Terengganu pada aksi suku akhir pertama di Stadium Shah Alam kelmarin apabila jaringan Amri Yahyah pada minit ke-20 berjaya dipadamkan Zairo Anuar Zalani tiga minit selepas itu.

Menurut Devan, hanya satu cara untuk memastikan Selangor dapat mengetepikan cabaran Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada perlawanan suku akhir kedua Sabtu ini iaitu mendapatkan gol awal.

"Selangor kena menjaringkan gol awal. Selepas itu pastinya Terengganu akan bermain secara terbuka kerana mereka juga perlu menjaringkan gol dan menang.

"Kita tidak boleh seri 0-0 di sana kerana Terengganu akan layak menerusi kelebihan gol tempat lawan. Tapi jika seri 2-2, Selangor pula yang akan layak.

"Jadi kita ke Kuala Terengganu dengan misi mendapatkan gol awal dan mencari kemenangan. Saya rasa Selangor tetap akan ke final, pegang kata-kata saya ini," kata Devan selepas perlawanan kelmarin.

Diminta mengulas tentang keputusan seri 1-1 pada aksi pertama itu, Devan berkata, pasukan Selangor telah beraksi dengan baik dan menguasai perlawanan tetapi hanya penyudah tumpul menjadi masalah utama mereka.

"Tiada masalah dengan kesebelasan pemain. Jika kita gagal mencipta peluang, barulah saya kena tukar kesebelasan.

"Tapi sepanjang perlawanan kita telah tampilkan satu kualiti yang baik, menguasai perlawanan dan mendapat banyak peluang. Cuma pemain sedikit tertekan kerana terlalu mahukan gol," jelas Devan.

Sementara itu, bagi menyemarakkan semangat para pemain Selangor, Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC) akan menganjurkan rombongan ke Kuala Terengganu bagi menyaksikan perlawanan Sabtu ini.

"Penyokong Selangor yang berminat bolehlah menghubungi 012-3209207 (Nasir), 017-3177505 (Azhari), 019-3406841 (Shahiran) atau 012-3687576 (Hairy) untuk tempahan tempat duduk.

"Kita akan berkumpul di pintu utama Stadium Shah Alam pada 11.55 malam Jumaat (esok). Bayaran RM66 termasuk tiket perlawanan," kata Presiden SSFC, Nasir Yunus.

selain itu....menurut Mr Manager Selangor....
pemain pemain dalam keadaan bersemangat.....
dan mengharapkan doa penyokong2 agar mendoakan kejaayan selangor diKT...
begitulah yang dinyatakan Mr Manager dalam Portal Tersohor E-fans Merah Kuning...
www.selangorfc.cm
{Inspirasi Kegemilangan Merah Kuning}

berikut adalah ulasan beliau....
Assalamualaikum W.B.T pada semua penyokong Selangor dan Salam Aidilfitri serta Deepavali.

Atas permintaan anda, saya akan cuba ulas sedikit tentang pasukan kesayangan kita walaupun ada permintaan yang berbunyi agak kasar sedikit. Saya faham emosi anda lantaran keputusan yang tidak menggembirakan anda semua Selasa lepas namun saya pasti emosi anda belum "kacau" lagi. Untuk pengetahuan semua, saya sentiasa membaca semua komen2 anda SETIAP HARI kecuali jika saya outstation. Cuma saya tidak berkesempatan untuk membalas lantaran kesibukan saya. Kalau tidak takkan 4 piala kita dah sapu tahun ni kan?

Saya amat menghargai serta menyanjung tinggi segala sokongan yang saudara semua berikan samada yang hadir di stadium, yang mengikuti melalui radio atau internet mahupun yang mengikuti dari jauh. Tanpa sokongan saudara, Selangor team is nothing.

Memang keputusan perlawanan Selasa lepas tidak seperti yang anda semua harapkan, namun saya tegaskan disini bahawa saya berpuashati dengan permainan anak-anak buah saya. Katalah apa pun, saya yakin dengan kesungguhan yang mereka tunjukkan. Belum ada keperluan lagi untuk menekan "panic button". Mereka telah berusaha bersungguh-sungguh terutama dibahagian pertahanan. Mereka berterusan mencuba untuk menambah gol namun atas teori nasib mereka gagal menyudahkan sebaik mungkin segala gerakan serangan yang dibuat. Mungkin disebabkan kekurangan kreativiti untuk membolosi pertahanan lawan yang berkubu di tempat mereka, terlalu tertekan untuk mendapat jumlah gol yang disasarkan sebelum perlawanan serta dibantu oleh sikap pegawai perlawanan yang tidak alert dengan beberapa insiden menyebabkan pemain menjadi bertambah tertekan.

Tidak timbul masalah fitness dan taktikal. Buktinya, selepas perlawanan, hampir semua pemain T'ganu rebah di padang kepenatan malah semasa perlawanan berlangsung, ramai pemain T'ganu yg tumbang akibat crammed, cedera & penat.

Ringkasnya, kita telah bermain dengan baik tetapi mendapat keputusan yang kurang memuaskan. Namun, kita tidak tewas. Kalau nak dilihat dari segi kualiti, memang pasukan Selangor jauh lebih baik daripada T'ganu. Tetapi dalam bolasepak, segala2nya boleh berlaku. Lihat saja pagi Selasa lepas, Barcelona sebuah kelab ternama dunia tewas kepada kelab yang saya pun tak tahu dtg dari mana. Ini semua membuktikan bahawa bolasepak ini satu sukan yang adil. Hanya pasukan yang mempunyai kekuatan mental dan fizikal ketika perlawanan berlangsung sahaja yang akan mencapai kemenangan dan kekuatan itu mestilah dalam bentuk persepaduan satu pasukan, bukan separuh-separuh.

Pada saya, pasukan Terengganu tidaklah sekuat mana. Mereka bergantung kepada 2/3 orang pemain berpengalaman dan berharap pada kekuatan semangat semata2. Saya pasti, keadaan pasti berubah jika sekiranya kita memperolehi 2/3 gol di separuh masa pertama.

Untuk perlawanan di KT nanti, pemain telah berazam untuk bangkit dan pastikan kita separuh akhir. Malahan pemain bukan setakat mahu ke akhir, mereka sudah berazam untuk menjadi juara dan mereka benar2 serius! Harus diingat, bahawa untuk tahun ini, pasukan Selangor adalah pasukan yang semua pasukan ingin kalahkan. Jika sekiranya Selangor disekat, pasukan yang tewaskan Selangor itu pasti yakin bahawa mereka ada harapan untuk jadi juara atau membuka seluas-luasnya peluang juara kepada pasukan lain. Jadi tentangan yang diterima oleh Selangor bukan calang2 tentangan.


Harapan saya kepada saudara2 semua hanyalah satu; doakan kejayaan kami di KT nanti serta ambil kesempatan malam ini, malam jumaat untuk bersolat hajat memohon Allah melindungi kami sepanjang perjalanan kami ke KT dan kejayaan pasukan di sana nanti. Kami berazam untuk pulang dengan kejayaan kerana perjalanan kami ini bukan sebarang perjalanan biasa tetapi "Perjalanan Perjuangan Menuntut Maruah" dan paling penting untuk memastikan penyokong yang turut hadir di KT nanti pulang dengan penuh kegembiraan dan kepuasan.

Insyallah, saya akan pastikan kegembiraan di KT tahun lepas dalam separuh akhir FA Cup akan berulang Sabtu ini dan saya bertanggungjawab sepenuhnya atas apa sahaja keputusan yang diperolehi nanti.

Kepada sesiapa yang berkelapangan esok (jumaat), boleh lah turun ke hotel Carlton jam 12 atau di Subang Airport jam 1 ptg untuk merangsangkan semangat pemain2. Kami akan ke KT pada hari Jumaat jam 2.05 ptg menaiki pesawat Firefly.

Harap penjelasan ini memuaskan dan jika ada terkurang maaf dipinta kerana kami juga manusia biasa, tidak lari dari kesilapan.

Wasalam
ape ape pun....
aku mendoakan SELANGOR berjaya mara ke semi final....
dan seterusynya ke FINAL untuk kali yang ke bape ntah.....
banyak sgt dah selangor kat FINAL....wakakakaka.....
lantas menjuarai Saingan Piala Malaysia musim ni untuk kali yang ke 34...
Insya Allahhh....AMINNNN !!!!
Go Selangor Go !!!!!!!!

cheriiiiiooooo....73 de kamal...

~Dimana Teknologi Mengabadikan Kenangan~

18 October 2009

KENDERAAN - Hati Hati itu WAJIB !!!

Salam.....Salam 1Malaysia....

lame tul aku tak update blog....
busy sikit laaa....eh...busy ker???
bukan malas nak update ke...hahahaha......

bukan per...ari ni rase nak update blog lak....
sebabnye....aku bangun2 tadi....
terus bukak Berita Harian Online ....
biase laaa tu....bukak bukak tenet terus bace sok kabor...
pastu terbaca laaa berita utama Berita Minggu hari ni....
Sedih....Geram....Bengang....Sume ade laaa.....
Innalillah....ni beritanye...

Dua maut, 8 cedera

Oleh Azrina Ahzan dan Mohd Hamizar Hamid
bminggu@bharian.com.my


ANGGOTA polis mengangkat mayat wanita mengandung yang terkorban dalam nahas kereta merempuh enam motosikal di Putrajaya, semalam.

Kereta dipandu laju rempuh enam motosikal berteduh hujan

PUTRAJAYA: Seorang wanita sarat mengandung dan anak perempuannya berusia lima tahun maut, manakala lapan yang lain cedera, termasuk dua parah selepas sebuah kereta yang dipercayai dipandu laju, merempuh enam motosikal yang berteduh daripada hujan lebat di Pesiaran Utara berhampiran Seri Perdana, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Sarisah Marwin, 33, yang juga warga Indonesia, sedang memangku anaknya, Chandrawati Misan, terbunuh di tempat kejadian, manakala anaknya meninggal dunia di Hospital Putrajaya.


Ketika kejadian, mangsa yang membonceng motosikal suaminya dipercayai berada pada kedudukan paling akhir di antara enam motosikal lain yang berhenti di bawah jejambat itu, yang turut dirempuh kereta berkenaan.

Akibat rempuhan kuat, anak mangsa tercampak sejauh kira-kira 15 meter, manakala suaminya yang turut cedera dirawat di Hospital Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata pemandu Proton Wira terbabit dipercayai memandu laju sebelum terbabas dan merempuh keenam-enam motosikal berkenaan.

"Pemandunya seorang pelajar institut pengajian tinggi awam berusia 18 tahun sudah ditahan bagi siasatan lanjut.

"Ketika kejadian, ada 10 penunggang dan pembonceng motosikal di tempat kejadian. Dua daripada mereka, termasuk seorang anggota polis daripada Cawangan Persenjataan Balai Polis Daerah Putrajaya parah, manakala enam yang lain cedera ringan.

"Semua dirawat di Hospital Putrajaya," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Saksi yang juga seorang pemilik motosikal yang dirempuh, Syazwan Hanafi, 19, berkata kejadian berlaku sangat pantas.

"Ketika saya sedang berhubung dengan rakan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat kerana kereta itu terlanggar pembahagi jalan di laluan paling laju.

"Tiba-tiba kereta itu bertukar arah dan terus menuju ke arah kami sebelum merempuh mangsa dan keenam-enam motosikal di sini. Saya nampak budak perempuan itu tercampak selepas dirempuh," katanya yang turut mengalami kecederaan di kaki akibat dihempap motosikalnya.

Syazwan yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Presint 9 dekat sini, berkata seorang tetamu yang sedang dalam perjalanan ke rumah terbuka Aidilfitri anjuran Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan di Presint 10 turut berhenti membantu mangsa.


Pada aku laaa....kelajuan ni sebenarnye KESERONOKAN....
tapi bile sebab kelajuan ade yang kematian, ade yang kecelakaan.....
die jadi tak seronok laaaa.....
boleh nak laju....sape kate tak leh laju laju....
tapi, kene konsider banyak faktor laaa.....antaranya...

-kondisi kenderaan
-keadaan jalan
-kondisi pemandu
-faktor cuaca
-keadaan lalulintas

sebagai contoh.....
hari baru lepas hujan.....kompem kompem laaa jalan tu basah....
yang pegi santak sampai 160kmj tu nape??
walau tayar mahal dan grip macam mane pun....tetap bahaya....
tayar tu tak betul2 bersentuh dengn permukaan jalanraya....
menyebabkan steering jadi free.....
tersilap sikit jer....boleh terbalik keta wooo.....

ni ade beberapa gambar kemalangan yang aku snap....

*klik gambar untuk saiz sebenar

gambar kat atas ni kat LABIS kalu tak silap...
mase tu aku ondeway nak ke johor baharu....
gi umah makcik....sekitar jam 7.00 malm....
keadaan mangsa tak dapat diketahui....
sebab aku sampai2 je....pemandunye dah tak de...
anto ke hospital kot.....rasenye mangsa dari UTM nak balik kampung...
sebab brang penuh kat dalam keta....dan ade stiker studeng UTM...

*klik gambar untuk saiz sebenar

yang ni pulak aku snap kat MRR2.....
mase ni baru pas anto member kat umah die kat AU bape ntah...
baru balik dari layan Final AF yang stacy juara tu...heheheh...
memandu dalam keadaan mengantuk dipercayai punca kemalangan ni...
time aku sampai....mangsa baru kuar dari kereta dah ambulan pun baru sampai...
sume mangsa dibawa ke hospital.....

*klik gambar untuk saiz sebenar

kemalangan yang ni pulak berlaku kat lebuhraya PLUS...
mase tu ondeway nak ke melaka...
tak tau laa camne keta ni leh tibe tibe ade tengah2.....
dahsyat tul...

rasenye kempen kempen....
ops...ops...yang skarang ni kurang berkesan laaa....
jadi, kene pikir satu alternatif baru untuk sedarkan masyarakat....
pape pun....Selamat Memandu....
dan igt...Hati Hati itu WAJIB !!!!!!

cheriiiiiooooo....73 de kamal...

~Dimana Teknologi Mengabadikan Kenangan~

20 September 2009

Salam Aidilfitri .... !!!!

*klil gambar untuk saiz sebenar

Allahu Akbar...Allahu Akbar....Allahu Akbar...Walillahilhamd...
Salam....Salam Aidilfitri....

Kepada ibu,bapa, adik badik, sedara mara, rakan taulan dan seluruh umat islam diseluruh muka bumi ini, dengan rasa rendah diri, den ingin mengucapkan :

---> Selamat Hari Raya Aidilfitri...
---> Maaf Zahir dan Batin...
---> Semoga Sentiasa Di Berkati NYA...
---> Ceria Ceria Selalu...

semoga bertemu di RAMADHAN yang lainnnn....insya Allah...aminnnn....

jumpe dan jumpe lagi....
cherioooooo.....73 de kamal....

~Dimana Teknologi Mengabadikan Kenangan~

17 September 2009

HAM - Notification: Radio Amateur Examinations (RAE 2009-2)

*klik gambar untuk saiz sebenar

Salam....
RAE datang lagiiiiii......
kepada mane mane rakan yang berminat....
leh isi borang pastu hantar.....
cepat ....cepat....tempat adalah terhad.....
selamat berRAE dan semoga berjaya.....


Notification: Radio Amateur Examinations (RAE 2009-2)

Pemberitahuan: Peperiksaan Radio Amatur (RAE 2009-2)

Radio Amateur Examinations Application Form


kat bawah ni ade koleksi nota dan contoh2 soklan yang den ade....
sile lah donlod.....
untuk makluman semua....
nota nota dan cntoh2 soklan RAE ni bukan den yang buat...
tapi den donlod dari blog rakan....dan den upload semula....
credit untuk mereka2.....

Nota 1

Nota 2

Nota 3

Nota 4

Nota 5

Nota 6

Nota 7

kepada rakan yang nak amik sessi ni.....
semoga berjaya den ucapkan....
den dah lulus...tapi callsign tak wat lagi....ekekekeke....

cheriiiiiooooo....73 de kamal...

~Dimana Teknologi Mengabadikan Kenangan~

27 August 2009

HAM - keputusan RAE 2009-1

*klik gambar untuk saiz sebenar

Salammmmmm.......
Al hamdulillah......keputusan RAE pun dah keluar.....
tahniah pade rakan2 yang berjaya.....
dan pade yang tak berjaya.....tak pe...
cube dan cube lagi......
bulan 11 nanti leh amik lagi RAE ni....

kat atas tu surat dari MCMC....
Syukurrr....den dah lulus.....
tapi tu laa....callsign tak gi buat2 lagi....huhuhuhu....
aritu tak sempat nak balik gi bukit jugra.....
nak gi ukay perdana pun tak sempat....
jadi tak dapat laaa tandatangan 9M.....
bile laaa nak wat callsign ni....huhuhuhu.....

tak lupe jugak....
terima kasih pade sume rakan2.....
yang bagi nota, yang wish gud luck....
yang ajar itu...ajar ini.....
terima kasih gak pade cikgu2 yang wat kelas persediaan RAE....
Hanya DIA dapat membalas jasa baik rakan2 sekalian.....
dan semoga penglibatan den dalam dunia HAM ni dapat memanfaatkan lagi dunia HAM..
di dunia amnye dan di malaysia khasnye....heheheheh.....

pada sume rakan2......
salah dan silap....tunjuk ajar diharap....

cherioooo.....73 de kamal....

~Dimana Teknologi Mengabadikan Kenangan~

26 August 2009

Salam Ramadhan.... !!!

Salammmm.....
walaupun dah lame pose....
tapi den nak wat ucapan gak....

Selamat Berpuasa....Berpuasalah dengan JUJUR......


--------------------------------------------------------------------------

Post bawah ni den kopi paste dari blog kecek...
timo kasih cek !!!

Sedari kecil, kita banyak dilonggokkan dengan pelbagai pantang larang ketika berpuasa di bulan Ramadhan. Kita ditegah daripada melakukan itu dan ini, sehingga ramai yang menyangka bahawa amalan berpuasa ini merupakan suatu yang susah lagi memayahkan. Sedangkan Allah sendiri menjelaskan bahawa kewajipan puasa ini bukanlah bertujuan untuk memayah-mayahkan hambaNya seperti dalam firmanNya:


… Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran, dan juga agar kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. [al-Baqarah: 185]


Di sini disenaraikan beberapa perkara yang menjadi pegangan masyarakat umum berkaitan puasa sedangkan dalil al-Quran dan al-Sunnah mengisyaratkan sebaliknya. Kesemua hujah dan dalil saya ‘copy and paste’ dari beberapa sumber yang berbeza-beza (akan disertakan diakhir tulisan ini insyaAllah), dengan sedikit pengolahan bahasa di mana perlu. Semoga kita beroleh manfaat bersama.

1. Mandi ketika berpuasa untuk menyegarkan badan.

Auta: Mandi ketika puasa adalah makruh.

Fakta: Tidak benar, bahkan mandi ketika berpuasa adalah HARUS. Rasulullah sendiri pernah mencurahkan air ke atas kepala Baginda disebabkan dahaga atau panas. Ini berdasarkan hadis sahih berikut:

“Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku (Abu Bakar Bin ‘Abd al-Rahman): “Aku melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas” [ Hadith riwayat Imam Ahma dan Abu Daud dalam sunan mereka, juga Imam Malik dalam al-Muwatta’]

2. Korek hidung, telinga atau rongga-rongga yang berlubang.

Auta: Memasukkan apa saja benda ke dalam rongga yang berlubang adalah membatalkan puasa.

Fakta: Tidak ada dalil yang menunjukkan hukum sedemikian rupa. Sedangkan yang benar ialah perkara yang membatalkan puasa hanyalah berlegar antara tiga perkara; makan, minum, dan bersetubuh. Firman Allah Ta’ala:

Maka sekarang (1) setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan (2) makanlah serta (3) minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib). [al-Baqarah 2:187]

3. Penetapan waktu imsak iaitu kira-kira 5 hingga 10 minit sebelum masuk waktu Subuh.

Auta: Wajib atau sunat untuk berhenti makan dan minum sebelum masuk waktu imsak sebagai langkah berjaga-jaga.

Fakta: Menetapkan waktu imsak 5 atau 10 minit sebelum masuknya waktu Subuh adalah satu ketetapan yang tidak ditetapkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, malah ia menjauhi tuntutan sunnah untuk mengakhirkan waktu sahur. Alasan “berhati-hati” adalah tidak perlu kerana kita dibolehkan makan dan minum sehingga jelas masuknya waktu Subuh. Allah 'Azza wa Jalla berfirman:

Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. [al-Baqarah 2:187]

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“Sesungguhnya Bilal azan ketika waktu masih malam, oleh itu makanlah dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan.” (Perawi menerangkan): “Beliau (Ibn Ummi Maktum) adalah seorang yang buta, dia tidak akan melaungkan azan sehingga dikatakan kepadanya: Waktu Subuh telah masuk, waktu Subuh telah masuk.” [ Sahih Bukhari : 617]

4. Makanan yang disunnahkan berbuka dengannya.

Auta: Disunnahkan makan benda-benda manis atau buah-buahan tempatan.

Fakta: Disunnahkan berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air.Di dalam hadith daripada Anas katanya:

“Bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berbuka dengan puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab (kurma basah), sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar(kurma kering) dan sekiranya tiada tamar maka baginda minum beberapa teguk air”. [Riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi, katanya hadith ini hasan. Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadith ini, lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah]

5. Merasai makanan dengan lidah.

Auta: Batal puasa bagi orang yang merasai makanan dengan lidah kerana hal itu seperti dia memakan makanan itu, tiada bezanya.

Fakta: Merasai makan adalah dibolehkan dengan syarat selagi mana tidak sampai memasuki tenggorokan (tekak dan salur makanan). Ini adalah berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma:

“Tidak mengapa merasai cuka atau sesuatu yang lainnya dalam keadaaan sedang berpuasa selagi mana tidak sampai ke tenggorokan.” [Hadis Riwayat al-Bukhari secara muallaq (4/154 – Fathul Bari), dimaushulkan (disambungkan/disebutkan sanadnya) oleh Ibnu Abi Syaibah (3/47), al-Baihaqi (4/261) melalui dua jalan. Hadis ini hasan, lihat “Taqliqut Taqliq” (3/151-152)]

6. Memasuki waktu subuh dalam keadaan berjunub.

Auta: Seseorang yang berjunub saat masuknya waktu subuh dikira terbatal puasanya.

Fakta: Hal ini pernah berlaku kepada Rasulullah shallahu’alaihi wasallam, sedangkan baginda kemudiannya mandi, bersolat dan meneruskan puasa seperti biasa. Dari Aisyah dan Ummu Salamah radhiallahu 'anhuma:

“Nabi Shalallahu 'alaihi wa Sallam memasuki waktu subuh dalam keadaan junub kerana jima' dengan isterinya, kemudian ia mandi dan berpuasa”. [Hadis Riwayat al-Bukhari (4/123), Muslim (1109)]

7. Bolehkah bercumbu-cumbuan dengan isteri ketika puasa?

Auta: Tidak boleh, batal sekiranya bercumbu. Bukankah bulan puasa bulan menahan syahwat?!

Fakta: Hal ini mempunyai hukum yang berbeza-beza mengikut tahap kemampuan masing-masing. Bagi yang dapat mengawal gelojak nafsu agar dengan cumbuan itu tidak menjurus kepada persetubuhan, maka dipersilakan. Tapi, buat yang tidak mampu, maka dia dimakruhkan sama sekali. Abdullah bin Amr bin ‘Ash berkata:

“Kami pernah berada di sisi Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam, datanglah seorang pemuda lalu berkata: “Ya Rasulallah, bolehkah aku mencium dalam keadaan sedang berpuasa? Baginda menjawab: “Tidak”, datang pula seorang yang sudah tua lalu dia berkata: “Ya Rasulullah, bolehkah aku mencium dalam keadaan sedang berpuasa?” Baginda menjawab: “Ya”. Sebahagian dari kami pun saling memandang di antara satu dengan yang lain. Maka Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda: “Sesungguhnya orang tua boleh menahan dirinya””. [Hadis Riwayat Ahmad (2/185, 221)]

8. Menggosok gigi ketika sedang berpuasa.

Auta: Boleh menyebabkan batal atau kurang pahala puasa. Ditakuti tertelan ubat gigi berperisa strawberi.

Fakta: Tidak mengapa menggosok gigi bahkan digalakkan. Lagipun Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan, sedangkan gigi yang kuning melambangkan empunya diri yang kurang menjaga kebersihan. Rasulullah shalallahu'alaihi wasallam bersabda:

“Kalaulah tidak memberatkan umatku nescaya aku suruh mereka untuk bersiwak setiap kali wudhu”. [Hadis Riwayat Bukhori (2/311), Muslim (252)]

9. Lafaz niat puasa.

Auta: Wajib untuk melafazkan niat puasa iaitu “nawaitu shauma qhadin…”. Bagi yang tidak melafazkannya, maka puasanya tidak dikira kerana setiap perkara dimulakan dengan niat.

Fakta: Tiada lafaz niat puasa, ini hanyalah bid’ah yang diada-adakan. Bahkan niat itu tempatnya di hati. Sesiapa saja yang terlintas di hatinya bahawa dia akan berpuasa pada bulan Ramadhan, maka itu sudah cukup baginya.

Persoalannya, apakah seseorang yang mahu berpuasa perlu berniat setiap hari atau memadai dengan niat untuk sepanjang Ramadhan? Di sini saya petik takhrij dan komentar Dr Muhammad Fathi Ali, ahli panel Jabatan Hadith Al-Fikrah.net terhadap hadith berikut:

Daripada Hafsah isteri Rasulallah shallallahu’alaihi wasallam: Bahawasanya Rasulallah shallallahu’alaihi wasallam telah bersabda:

“Sesiapa yang tidak berniat puasa sebelum waktu fajar maka tiada puasa baginya (tidak sah)”. [dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnad (hadis no. 26500), Abu Daud dalam Sunan (hadis no.2454), at-Tirmizi dalam Sunan (hadis no.730), an-Nasaie dalam Sunan al-Kubra (hadis no.2640,2641,2643), al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra (hadis no. 7696,7697,7698,7701,7778,7826,), ad-Darimi dalam Sunan (hadis no. 1698) dan lain-lain dangan lafaz yang sedikit berbeza, semuanya dari jalan Hafsah radhiallahu’anha]

Beliau berkata,

“Hadis dari Hafsah ini tntg wajibnya niat puasa Ramadhan dilakukan pada waktu malam ini TIDAK SAHIH kepada Nabi. Ia dinilai Tidak Sahih oleh Ahmad, al-Bukhari, at-Tirmizi, an-Nasaie, ad-Darimi, Abu Daud, Abu Hatim dan lain-lain Imam-imam hadis. (rujuk athar ilal hadis fi ikhtilaf Fuqaha, Dr Mahir Yasin al-Fahl)

Kata Ibn Hajar dalam Fathul Bari: "berlaku khilaf akan bersambung atau tidaknya hadis ini, dan yang rajih adalah tidak bersambung kpd Nabi (mauquf) sebagaimana tarjih Tirmizi dan Nasaie (Fathul Bari: 142/4).

Menurut syaikh al-Muhaddith Abdul Aziz at-Torifi dalam kuliahnya 'hadith2 dhaif seputar puasa', adalah tidak wajib niat puasa Ramadhan dilakukan pada malam hari, malah boleh dilakukan pada waktu dhuha, dan ini menguatkan qaul Malik yg mengatakan niat puasa Ramadhan boleh dilakukan dengan satu niat pada awal bulan (niat puasa satu bulan sekaligus) dan qaul Abu Hanifah yg membolehkan niat puasa ramadhan sampai tengah hari”
[rujuk http://www.al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=6849/postdays=0/postorder=asc/highlight=puasa+ramadhan/start=0.html]

10. Tidur ketika sedang berpuasa.

Auta: Tidur orang puasa adalah ibadat.

Fakta: Memang benar terdapat hadith yang menyebut bahawa tidur orang yang berpuasa adalah ibadat. Namun, tiada satupun daripadanya yang sahih dan dapat dijadikan hujah. Kita ambil contoh hadith ini beserta takhrij dan komentar sekali lagi oleh Dr Muhammad Fathi Ali:

"Tidurnya orang yang berpuasa itu dianggap ibadah, dan diamnya merupakan tasbih, dan amalnya (diganjari) berlipat ganda, dan do'anya mustajab, sedang dosanya diampuni". [Riwayat : Baihaqy di dalam kitabnya Syu'abul Iman, dari jalan Abdullah bin Abi Aufa]

Hadith ini darjatnya sangat dha'if (lemah) atau Maudu’(palsu). Di sanadnya ada Sulaiman bin Umar An-Nakha'i, seorang pendusta. Rujukan : Silsilah Ahaadith Dhaifah wal Maudh'uah No. 653, Faidlul Qadir No. hadith 5125 , 9293.


Oleh itu, jika sesiapa yang asyik lena dibuai mimpi di siang hari Ramadhan sambil mengatakan bahawa itu adalah sunnah, katakan kepada "Anda telah diauta!"....

Semoga Allah mengurniakan hidayah buat kita semua.

Wallahua'lam.


--------------------------------------------------------------------------

Cheriooooo....73 de kamal...

~Dimana Teknologi Mengabadikan Kenangan~

19 August 2009

FLORA - mempelam...slrrppppp !!!

*klik gambar untuk saiz sebenar

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysiaaa.....

Lamo tul tak update blog ni.....
macam yang dibagitau kat sebelah, bukan takde idea nak update...
cume macam malas jer nak update....hehehehe....
tak tau laaa nape....sebab tenet slow kot kat UMP ni....huhuhuh...

Jadi, kali ni nak citer tentang buah lak....
buah ape??? haaa itu yang kite nak tau tu.....ekekekeke.....
macam yang terdaat dalam gambar kat atas ni.......
tu adalah buah mempelam......pokok ni ade kat laman umah den....
kalu berbuah pokok ni memang banyak laaa......
time amik gambar ni.....buah2 mempelam ni still doperingkat putik....
lum besar sepenuhnye.....kalu makan, bijinye masih lum ade lagi.....

Pokok ni mak & pak den yang tanam....
mase mule2 pindah masuk umah ni.....
kire kire 23 tahun yang lalu....dalam tahun 1986......
bapak den beli pokok ni kat pasar ahad banting......
kalu korang org banting, pasar ahad dulu ni kat tapak the store skang ni....
sebelah MEGAH lame.....time tu MEGAH pun takde lagi......


*klik gambar untuk saiz sebenar

Bapak den beli 4 pokok sumenye......
3 pokok mempelam cam yang kat gambar tu, 1 lagi pokok mempelam epal....
tapi, skang ni tinggal 2 btg je pokok mempelam tu.....
2btg lagi dah tebang....sebab nak besorkan umah tu.....
ye laaa.....badan kite pun makin besar....
so, umah pun kene laa makin besar.....bagi selesa sikit...hehehehe.....

Tinggal 2 btg jer laaa pkok mempelam ni.....
itu pun, kalu berbuah.....banyak sungguh buahnye....alhamdulillah....
memang leh bagi2 dekat jiran2.....
kalu tanye jiran2 area umah den tu.....
raenye sume penah merasa laaa buah mempelam ni......

Mempelam kat umah den ni......
nak makan muda pun sodap....rangup....
nak makan time dah masak lagi laaaaa sodap.......manisss woo....
tak tipu...kalu nak try, meh laa datang umah.....hehehehe....
kene time buahnye.....dapat laaa merasa.....insya allah......
Jadi, bile buahnye nampak cam besar besar.....
kami akan petik....nak petik senang jer.....
potong separuh botol minuman yang 1.5L tu....
die punye lubang tu jolok ngn buluh......beresssss......


*klik gambar untuk saiz sebenar

Nak tahu camne dah masak atau belum agak mudah......
bile kite nak petik, buah tu senang je tercabut, dah nak masak laaa maknenye tu....
dan kat tangkai nye tu dah takde getah.....
tu memang sesuai sgt laaa untuk di peram.....
sekali petik, boleh muat laaa bakul baju yang warna pink tu.....
pas petik, balut pulak ngn sok kabor.....
dan simpan dalam kotak......dalam 2, 3 ari leh try bukak dah....
biasenye bagi jiran2 ni yang dah masak.......jarang bagi yang muda2...
sebab yang masak, memang sodappppp.....hehehehe.....

Tapi, bile dipikir pikirkan......
dah nak masuk 23tahun pokok ni ditanam.....
mungkin dah hampir 20tahun menghasilkan buah buah yang sedap.....
dah hampir 20tahun berbakti pade keluarga den.....
tempat berteduh lagi.....banyak laaa.....
DEN ni.....hidup dah 23tahun dah.....
tapi ape bakti den kepada keluarga den???
ape yang den buat untuk keluarga den???
adakah pokok mempelam yang tak leh gerak2 tu lagi istimewa dari den???
Entah laaaa......pikir....pikir...dan pikirrrrrrr.....ehehehe....

papepun....jumpe dan jumpe lagi....

cheriooooo....73 de kamal...

~Dimana Teknologi Mengabadikan Kenangan~

01 July 2009

Aktiviti Santai BBQ di Kem Herba...


Salam......
Alhamdulillah.....takdirNye dapat kita bersama sama berkumpul....
bersama sama rakan2 sekolah.....ade yang lame sudah nggak ketemu....hehehe....
berborak2....bergurau2....bermakan2...bermandi2...dan lain lain lagi.....
kali ni tak yah gi jauh jauh.....
tak yah modal besar2......
kite wat dekat2 jer........senang....ramai leh join.....

Aktiviti Santai BBQ di Kem Herba


Tarikh : 27,28 Jun 2009 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Kem Herba, Sg Congkak
Bayaran : RM15 sorang

Antara Rakan2 yang berani join :

*klik gambar untuk saiz sebenar

1) Macha (Tuan Tanah)
2) Eli Imran
3) Wak Jawa Jaem
4) Abu al-Ameen Hasan Firdaus Bin Mohd Zaki
5) Ariff Ainuddin
6) Hanafi
7) Abg Ensem Haniff
8) Capek (balik awal bayar bil air katenye)
9) Dr Ematt
10) Sepul Efenddi
11) Safuan Salleh Pay Phone
12) Sufi
13) Arai
14) Safwan
15) Aku laaa....

Perjalanan Aktiviti:

takde pe sgt aktiviti.....saje je jumper2....
mengenang memori silam.....
agar tak hilang ditelan zaman...wkakakaka.....

27 Jun 2009

0327ptg - tiba kat kebun macha....sape yang lum zohor....zohor dulu....
0343ptg - pe lagi....cari durian laa....pastu makan...takkan tgk jer....durian memang terbaik laa...macam2 jenis ade...tapi macha kate tahun ni kurang menjadi....tak banyak sgt buahnye...
jadi laaa.....bukan senang makan durian free....wakakaka....
0526ptg - solat asar berjemaah....kecek imam....
0541ptg - mandi sungaiiiii.....sambil2 tu setting api tuk BBQ...
0702mlm - benti mandi...siap2 tuk magrib pulak.....time ni laa capek balik....hampeh tul....die ade hal ape ntah....wat tesis ke ape.....
0730mlm - sembahyang magrib berjemaah....imam oleh ustaz yang ade wat program kat kebun macha tu....
0747mlm - tak dan imam bace doa, sume dah kuar pi bakar membakar...BBQ...hahahah....
0803mlm- makan laaa....pelagi nak buat...makan BBQ sambil mandi sungai....hahahah...pastu sorang demi sorang beransur pulang.....last2 tinggal laaa beberapa org jer....aku, eli, macha, kecek,zaem,sufi ngn safwan....

*klik gambar untuk saiz sebenar

28 Jun 2009


0200pg - sume dah membute dah kot....
0700pg - sarapan dan menghabiskan sisa BBQ...
0812pg - Mandi sungai sambil kemas2....nak balik dah....
1003pg - Kecek, sufi, safwan, zaem beransur balik.....
1223tgh ari - aku ngn eli lak balik.....tinggal laa macha sorang2 kat kebun tu.....


Makan ape ek ??

- BBQ ayam
- BBQ daging
- BBQ kambing
- BBQ hot dog
- Nasi Goreng
- Bubur Kacang Ijau Durian
- Roti
- Durian
- Manggis
- Dukong
- Jajan

Macam biase laa....last sekali mesti laa ucapan terima kasih....hehehe...
terima kasih diucapkan pade sume yang terlibat dalam aktiviti kali ni.....
ape ape yang terlebih dan terkurang tu harap dapat di halalkan...insya allah...
terima kasih jugak kat macha...
atas tajaan tempat tido dan buah buahan serta bubur kacang dan nasi goreng...ekekekek.....
walaupun ade bayar sikit...tapi tak cukup tu....hahaha....halal laa cha ek....
kawan kawan....hahahaha....
akhir sekali....TERIMA KASIH semua.....TERIMA KASIH rakan rakan....

Semoga jumpa dan jumpa lagi......

cheriooooo.....73 de kamal.....

~Dimana Teknologi Mengabadikan Kenangan~

29 June 2009

HAM - Sebalik Yagi 5 element

*klik gambar untuk saiz sebenar

S
alam......
Kali ni den nak cite tentang HAM lak....
den pun baru lagi dalam main2 radio ni.....
antenna dalam gambar ni adalah antenna yagi 5 element....
antenna ni dibuat sendiri oleh 9w2BJL....kang jali....
besar tu antenna ni....sekali ngn rotator.....

kagum dan jakun gak laa......
selama ni tgk antenna camni dalam youtube...
dalam blog2 je....
kali ni dapat tgk live.....
dah tu, kt Banting lak tu.....
tak yah gi jauh2....kat banting ade rupenye....hehehehe....

menurut kang jali....antenna ni dah lame dah....
die dah puas gune dah....nak jual katenye...
nak wat modal wat tower lak....pergh....
kalu ade yang berminat, leh contact die....ehehehe...
paling jauh....TX ke mexico dalam 10m band..
pergh jauh tu.......

*klik gambar untuk saiz sebenar

kalu anda perasan....rotator tu pun buat sendiri.....
gune motor dan gearnye menggunakan perewel basikal...
ketinggian antenna ni dalam 20-25 kaki dari tanah.....
tinggi gak laaa....
bertambah kagum lagi bile den melihat set radio kang jali...
power supply wat sendri, antenna tuner wat sendiri...
antenna switcher wat sendiri...SWR meter je beli yang baru....
begitu laa semangat eksperimen bile terjebak ngn dunia radio ni...
"yang penting kene tahu konsepnye...."
itu lah pesanan kang jali....hehehe...

sebelum ke rumah kang jali...den pergi ke rumah sifu kang jali....
iaitu 9W2OO....wak maarof....
wak maarof nye antenna yagi 2 element.....
macam2 cerita pengalaman wak maarof ni....
membuka minda....dan menaikkan semangat....hahaha...
terbakar beb.....hahaha....
"tak pe...takpe...slow..slow...mende ni tak de pe....hobi je..."
nasihat pak maarof...

terima kasih kepada kang adib (PRVSA)....
yang bawak den jumpe wak maarof ngn kang jali....
kang adib pun dah ade radio baru dah....
tapi tak sempat nak main puas2...
sebab dah kene terbang ke bangkok atas urusan kerja...
dalam 1,2 bulan gak laa.....
bungkus laa radio kat dalam almari nampaknye...hehehe...
bile laaa den dapat beli radio niiiii.....ekekeke....

papepun....jumpe dan jumpe lagi....

cheriooooo....73 de kamal...

~Dimana Teknologi Mengabadikan Kenangan~

19 June 2009

Wanita Ku...



Salam....

cam best lak lagu ni kan??
kalu sesuai ngn jiwa korang laa.....
pade aku best laa....hahahaha......
pape pun....laayannnn jer laa.... =)

Saleem - Wanitaku


Sayang... aduh sayang,
Pujaan hatiku,
Sayang wahai sayang,
Pelita hidupku....

Sayang aduh sayang,
Cintaku untukmu,
Sayang wahai sayang,
Penglipur laraku.....

Rentangkan kesetiaan,
Labuhkan kebahagiaan,
Layarkanlah asmara,
Selamanya.....

Adakah kau mendengar,
Keluhan kasihku ini,
Tiap saat ku merindu,
Memujamu.....

Adakah kau sedari,
Sucinya cintaku ini,
Tiada insan yang kupuja,
Selainmu......

Sayang aku sayang,
Sayangku untukmu,
Rindu aku rindu,
Rindumu selalu.....

Kaulah wanitaku,
Akulah lelakimu,
Moga kasih moga sayang,
Direstui Ilahi,
Ooo. Sayang.....


~Dimana Teknologi Mengabadikan Kenangan~

16 June 2009

kecek TAGGED aku !!!!

Salam.....Kali ni entry lain sikit....
kecek dah tagged aku....aku pun tak tau ape mende...
aku buat jer.....ekekekeke......maklumat lanjut, KLIK SINI

1) Bekas kekasih saya adalah...
ni gambar kt bawah ni...korang kenal ke?? wakakakakak... (perasan je lebih)


2) Saya sedang mendengar...
QSO di jaluran PRADAS


3) Mungkin saya patut...
kurangkan makan....hahahaha.....


4) Saya suka..
Selangor menangggg...


5) Sahabat-sahabat saya...
macam macam ade.....


6) Saya tak paham...
ape kenikmatan merokok.....hehehe....


7) Saya kehilangan...
antenna ori IC V8 ku....huhuhuh....


8) Ramai yang berkata...
"bertambah2 gemuk ko ni....." ekekeke....


10) Cinta itu adalah...
hubungan kelamin selepas sah nikah...hahahaha....


11) Di suatu tempat, seseorang sedang...
sedang berperang sesama sendiri....sesama bangsa...sesama agama.....


12) Saya akan cuba...
mengurangkan waktu tidur......


13) Ayat SELAMANYA membawa maksud...
kekal.....tiada kesudahan....hehehehe.....

14) Telefon bimbit saya..
nokia 3310.....


15) Bila saya terjaga....
aik...dah kul 12 lebih....ade lagi ke waktu subuh ni??? ekekekek....


16) Saya paling meluat...
Persatuan Bola Sepak Malaysia atau lebih dikenali FAMangkuk....


17) Pesta/parti adalah...
Parti Umno, Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam Semalaysia, Parti Hari Jadi......


18) Haiwan yang paling comel pernah saya temui...
comel beb....terbaikkkkk.....hahahahahaharammmmmmm


19) Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah...
sekolah menengah.....sek agama tu...ekekeke...

20) Hari ini...
hari Jumaat....


21) Malam ini saya akan...
study sikit tuk RAE......


22) Esok pula saya akan...
servis keta......go perodua go....


23) Saya betul² inginkan...
dapat IC 2820H....tak pun 2200H...jadi laa...

24) Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini...
tak tgk waktu pagi....sebab gosok gigi pun dah tgh hari.....ekekeke....

25) Pusat membeli-belah atau arked permainan...
tempat cari duit dan habiskan duit......


26) Makanan barat atau Jepun...
makanannye sikit dah mahal....sungguh merugikan.....


27) Bilik yang terang atau gelap...
bilik gelap laaa....senang wat ekperimen fizik......


28) Makanan segera adalah...
makanan yang cepat siap....cepat kenyang...pastu cepat lapo balik....ekekeke...


29) Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang...
tutup lampu tu !!!!.....


30) Siapa yang anda ingin tag...
sesiapa yang terbaca entry ni....
anda adalah tertagged secara automatik....
so, jujur laaa.....berkata benar walaupun ia pahit....ade kene mengena ke??
ahahahahah.....


~Dimana Teknologi Mengabadikan Kenangan~
~Dimana Teknologi Mengabadi Kenangan~ © 2008
|| 2008 SkamalS Pikcer dot blogspot dot Com || All rights reserved © ||
Template by: SkinCorner