10 February 2009

SELANGOR - Selangor vs Perlis


VS

Selangor lwn Perlis

Tarikh: 10 Februari 2009 (SELASA)
Venue : Stadium Shah Alam
Masa : 8:45 malam


yeah.....liga M kembaliiiiii.....
setelah berehat lebih sebulan, akhirnya liga super disambung semula.....
tgh2 momentum baik pasukan selangor ni, tibe2 FAM stopkan liga jap....
aduhai....patut laa sathia berani cakap "malaysia football is nothing"....
kalu dilihat dari maksud tersiratnye memang betul......
terlalu banyak kepincangan FAM ni......dah laa..malas nak cakap pasal FAM....

berbalik pade game malam esok ni....aku harap, selangor dapat laaa 3 mata....
ye laaa....rehat lame.....yang cedera boleh recover dah......
so, takde alasan untuk kalah....
namun, khbarnye beberapa player masih belum boleh bermain.....
antaranye Wak Am, Wak Tong dan Zameer.....
tapi Wak Tong ngn Zameer dah turun training dah.....
so, terpulang pada K.Devan dalam merencana stratergi untuk menang malam esok....

kalu aku diberi kuasa, ni laaa pilihan 1st eleven untuk game malam esok....

************************Boted************************

******razman******acong********eric******asrar********

****************kanchong********bob******************

*****zameer********************************kechik****

*****************safee*********arsun******************


tapi aku rase k.devan nye 1st eleven camni........aku rase je...

***********************Boted*************************

******razman******acong********eric*******guna********

****************bob**********wak tong****************

*****zameer********************************kanchong****

*****************safee*********arsun******************

so, tak kisah laaa sape pun yang main esok....
yang penting....bersungguh sungguh dan meminimumkan kesilapan.....
semoga 3mata di bumi keramat.......

go selangor go......


Saingan Liga M bersambung



MOMENTUM saingan Liga Malaysia 2009 yang bermula 3 Januari lalu sedikit terencat apabila ia dihentikan bagi memberi laluan kepada aksi skuad kebangsaan bertemu Emiriyah Arah Bersatu (UAE) pada pusingan kelayakan Piala Asia 2011.

Kekalahan 0-5 kepada UAE telah menambah lagi derita bola sepak negara lebih-lebih lagi apabila jurulatih pasukan ketika itu, B. Sathianathan melabelkan 'Liga Malaysia bukan bola sepak'.

Namun, selepas dua perlawanan timbal balik pusingan pertama Piala FA berlangsung minggu lalu, aksi Liga Super dan Liga Perdana kini kembali bersambung, bermula hari ini untuk meneruskan kehangatannya sehinggalah perlawanan terakhirnya Julai depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad (gambar) tetap menagih sokongan penyokong tempatan untuk terus sama-sama mengikuti perkembangan bola sepak tempatan.

"Liga Super masih ada baki 22 perlawanan manakala Liga Perdana masih ada 24 perlawanan lagi untuk diharungi. Kedua-dua saingan liga ini hanya akan menutup tirai pada Julai depan.

"Sepanjang saingan kedua-dua liga ini juga, kita ada lagi baki perlawanan dalam Piala FA iaitu pusingan kedua, suku akhir, separuh akhir dan juga perlawanan akhir.

"Jadi, saya seru kerjasama dan sokongan semua pihak untuk sama-sama memberi sokongan terhadap Liga Malaysia ini dalam usaha merancakkan pembangunan bola sepak negara," kata Azzuddin ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Azzuddin turut memberitahu, aksi Liga Malaysia yang padat itu bagaimanapun akan dihentikan seketika antara 27 Mei hingga 15 Jun depan bagi memberi ruang kepada penganjuran kejohanan Piala Antara Benua.

"Kita akan hantar skuad bawah 23 tahun kebangsaan untuk beraksi pada Piala Antara Benua ini manakala skuad senior pula akan beraksi pada Pestabola Merdeka yang akan diadakan Ogos depan," ujarnya.

Jelas Azzuddin, selepas berakhir Pestabola Merdeka, kancah bola sepak tempatan akan berehat lagi sempena ketibaan Ramadan pada 22 Ogos dan Hari Raya Aidilfitri pada 20 September sebelum kehangatan Piala Malaysia pula bermula.

"Piala Malaysia akan kita jalankan sepanjang bulan Oktober. Selepas itu Liga Malaysia musim 2009 akan berakhir dan skuad kebangsaan pula akan beri tumpuan kepada baki perlawanan kelayakan Piala Asia 2011 pada November dan Januari tahun depan," katanya.

Diharap kepadatan aksi bola sepak tempatan di stadium-stadium di seluruh negara sepanjang saingan 2009 ini dapat menarik kembali minat para penyokong untuk memeriahkan saingan Liga Malaysia seperti yang pernah dikecapi pada era 80-an dan 90-an.

~Dimana Teknologi Mengabadikan Kenangan~

No comments:

~Dimana Teknologi Mengabadi Kenangan~ © 2008
|| 2008 SkamalS Pikcer dot blogspot dot Com || All rights reserved © ||
Template by: SkinCorner