Salam....Salam Sejahtera.....
yeahh !!!...esok selangor akan menentang Terengganu bagi suku akhir kedua Piala Malaysia...
walau pun hanya sekadar seri 1-1 di SSA selasa lepas...
namun....mereka masih lagi bersemangat untuk membalas dendam di KT malam esok...
tiada masalah kecederaan....tiada masalah fitness.....
K Devan juga dah berjanji yang SELANGOR akan ke FINAL......
aku ni masih berbelah bagi...same ade nak ke KT atau pun tak....
kuantan ngn KT tak laa jauh mane.....
ade jodoh, sampai laaa ke KT.....kalu tak, tunggu FINAL jer laa....hahahaha....
Terengganu [1] lwn Selangor [1]
Tarikh: 24 Oktober 2009 (sabtu)
Venue : Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Syah
Masa : 8:48 malam
"YA ALLAH YA TUHAN KAMI,Permudahkanlah Jalan Untuk Pasukan Selangor Memenangi Perlawanan Ini. Terangkanlah Hati Para Pemain Selangor, Lapangkanlah Dada Mereka Juga Permudahkanlah Pemain Selangor Untuk Menjaringkan Gol Sekaligus Memenangi Perlawanan Ini dengan kelebihan aggregat. AMIN" INSYAALLAH.
seandainya Selangor menang, kami bersyukur..
kalau Selangor sekadar cuma termampu seri, tkpelah..alhamdulillah..
dan andaikata Selangor kalah lagi, apa nk buat, tu kan rezeki..
jurulatih selangor membuat kenyataan kepada KOSMO!....
selain itu....menurut Mr Manager Selangor....Devan masih ada keyakinan
BIARPUN Selangor gagal mendapat bekalan selesa untuk dibawa ke Kuala Terengganu Sabtu ini, jurulatih Selangor, K. Devan tetap yakin pasukan bimbingannya itu akan layak ke separuh akhir Piala Malaysia 2009.
Selangor sekadar seri 1-1 dengan Terengganu pada aksi suku akhir pertama di Stadium Shah Alam kelmarin apabila jaringan Amri Yahyah pada minit ke-20 berjaya dipadamkan Zairo Anuar Zalani tiga minit selepas itu.
Menurut Devan, hanya satu cara untuk memastikan Selangor dapat mengetepikan cabaran Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada perlawanan suku akhir kedua Sabtu ini iaitu mendapatkan gol awal.
"Selangor kena menjaringkan gol awal. Selepas itu pastinya Terengganu akan bermain secara terbuka kerana mereka juga perlu menjaringkan gol dan menang.
"Kita tidak boleh seri 0-0 di sana kerana Terengganu akan layak menerusi kelebihan gol tempat lawan. Tapi jika seri 2-2, Selangor pula yang akan layak.
"Jadi kita ke Kuala Terengganu dengan misi mendapatkan gol awal dan mencari kemenangan. Saya rasa Selangor tetap akan ke final, pegang kata-kata saya ini," kata Devan selepas perlawanan kelmarin.
Diminta mengulas tentang keputusan seri 1-1 pada aksi pertama itu, Devan berkata, pasukan Selangor telah beraksi dengan baik dan menguasai perlawanan tetapi hanya penyudah tumpul menjadi masalah utama mereka.
"Tiada masalah dengan kesebelasan pemain. Jika kita gagal mencipta peluang, barulah saya kena tukar kesebelasan.
"Tapi sepanjang perlawanan kita telah tampilkan satu kualiti yang baik, menguasai perlawanan dan mendapat banyak peluang. Cuma pemain sedikit tertekan kerana terlalu mahukan gol," jelas Devan.
Sementara itu, bagi menyemarakkan semangat para pemain Selangor, Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC) akan menganjurkan rombongan ke Kuala Terengganu bagi menyaksikan perlawanan Sabtu ini.
"Penyokong Selangor yang berminat bolehlah menghubungi 012-3209207 (Nasir), 017-3177505 (Azhari), 019-3406841 (Shahiran) atau 012-3687576 (Hairy) untuk tempahan tempat duduk.
"Kita akan berkumpul di pintu utama Stadium Shah Alam pada 11.55 malam Jumaat (esok). Bayaran RM66 termasuk tiket perlawanan," kata Presiden SSFC, Nasir Yunus.
pemain pemain dalam keadaan bersemangat.....
dan mengharapkan doa penyokong2 agar mendoakan kejaayan selangor diKT...
begitulah yang dinyatakan Mr Manager dalam Portal Tersohor E-fans Merah Kuning...
www.selangorfc.cm
{Inspirasi Kegemilangan Merah Kuning}
berikut adalah ulasan beliau....
Assalamualaikum W.B.T pada semua penyokong Selangor dan Salam Aidilfitri serta Deepavali.ape ape pun....
Atas permintaan anda, saya akan cuba ulas sedikit tentang pasukan kesayangan kita walaupun ada permintaan yang berbunyi agak kasar sedikit. Saya faham emosi anda lantaran keputusan yang tidak menggembirakan anda semua Selasa lepas namun saya pasti emosi anda belum "kacau" lagi. Untuk pengetahuan semua, saya sentiasa membaca semua komen2 anda SETIAP HARI kecuali jika saya outstation. Cuma saya tidak berkesempatan untuk membalas lantaran kesibukan saya. Kalau tidak takkan 4 piala kita dah sapu tahun ni kan?
Saya amat menghargai serta menyanjung tinggi segala sokongan yang saudara semua berikan samada yang hadir di stadium, yang mengikuti melalui radio atau internet mahupun yang mengikuti dari jauh. Tanpa sokongan saudara, Selangor team is nothing.
Memang keputusan perlawanan Selasa lepas tidak seperti yang anda semua harapkan, namun saya tegaskan disini bahawa saya berpuashati dengan permainan anak-anak buah saya. Katalah apa pun, saya yakin dengan kesungguhan yang mereka tunjukkan. Belum ada keperluan lagi untuk menekan "panic button". Mereka telah berusaha bersungguh-sungguh terutama dibahagian pertahanan. Mereka berterusan mencuba untuk menambah gol namun atas teori nasib mereka gagal menyudahkan sebaik mungkin segala gerakan serangan yang dibuat. Mungkin disebabkan kekurangan kreativiti untuk membolosi pertahanan lawan yang berkubu di tempat mereka, terlalu tertekan untuk mendapat jumlah gol yang disasarkan sebelum perlawanan serta dibantu oleh sikap pegawai perlawanan yang tidak alert dengan beberapa insiden menyebabkan pemain menjadi bertambah tertekan.
Tidak timbul masalah fitness dan taktikal. Buktinya, selepas perlawanan, hampir semua pemain T'ganu rebah di padang kepenatan malah semasa perlawanan berlangsung, ramai pemain T'ganu yg tumbang akibat crammed, cedera & penat.
Ringkasnya, kita telah bermain dengan baik tetapi mendapat keputusan yang kurang memuaskan. Namun, kita tidak tewas. Kalau nak dilihat dari segi kualiti, memang pasukan Selangor jauh lebih baik daripada T'ganu. Tetapi dalam bolasepak, segala2nya boleh berlaku. Lihat saja pagi Selasa lepas, Barcelona sebuah kelab ternama dunia tewas kepada kelab yang saya pun tak tahu dtg dari mana. Ini semua membuktikan bahawa bolasepak ini satu sukan yang adil. Hanya pasukan yang mempunyai kekuatan mental dan fizikal ketika perlawanan berlangsung sahaja yang akan mencapai kemenangan dan kekuatan itu mestilah dalam bentuk persepaduan satu pasukan, bukan separuh-separuh.
Pada saya, pasukan Terengganu tidaklah sekuat mana. Mereka bergantung kepada 2/3 orang pemain berpengalaman dan berharap pada kekuatan semangat semata2. Saya pasti, keadaan pasti berubah jika sekiranya kita memperolehi 2/3 gol di separuh masa pertama.
Untuk perlawanan di KT nanti, pemain telah berazam untuk bangkit dan pastikan kita separuh akhir. Malahan pemain bukan setakat mahu ke akhir, mereka sudah berazam untuk menjadi juara dan mereka benar2 serius! Harus diingat, bahawa untuk tahun ini, pasukan Selangor adalah pasukan yang semua pasukan ingin kalahkan. Jika sekiranya Selangor disekat, pasukan yang tewaskan Selangor itu pasti yakin bahawa mereka ada harapan untuk jadi juara atau membuka seluas-luasnya peluang juara kepada pasukan lain. Jadi tentangan yang diterima oleh Selangor bukan calang2 tentangan.
Harapan saya kepada saudara2 semua hanyalah satu; doakan kejayaan kami di KT nanti serta ambil kesempatan malam ini, malam jumaat untuk bersolat hajat memohon Allah melindungi kami sepanjang perjalanan kami ke KT dan kejayaan pasukan di sana nanti. Kami berazam untuk pulang dengan kejayaan kerana perjalanan kami ini bukan sebarang perjalanan biasa tetapi "Perjalanan Perjuangan Menuntut Maruah" dan paling penting untuk memastikan penyokong yang turut hadir di KT nanti pulang dengan penuh kegembiraan dan kepuasan.
Insyallah, saya akan pastikan kegembiraan di KT tahun lepas dalam separuh akhir FA Cup akan berulang Sabtu ini dan saya bertanggungjawab sepenuhnya atas apa sahaja keputusan yang diperolehi nanti.
Kepada sesiapa yang berkelapangan esok (jumaat), boleh lah turun ke hotel Carlton jam 12 atau di Subang Airport jam 1 ptg untuk merangsangkan semangat pemain2. Kami akan ke KT pada hari Jumaat jam 2.05 ptg menaiki pesawat Firefly.
Harap penjelasan ini memuaskan dan jika ada terkurang maaf dipinta kerana kami juga manusia biasa, tidak lari dari kesilapan.
Wasalam
aku mendoakan SELANGOR berjaya mara ke semi final....
dan seterusynya ke FINAL untuk kali yang ke bape ntah.....
banyak sgt dah selangor kat FINAL....wakakakaka.....
lantas menjuarai Saingan Piala Malaysia musim ni untuk kali yang ke 34...
Insya Allahhh....AMINNNN !!!!
Go Selangor Go !!!!!!!!
cheriiiiiooooo....73 de kamal...
No comments:
Post a Comment