05 January 2009

SELANGOR - 3 mata lebih penting...

*klik gambar untuk saiz sebenar

Alhamdulillahhhhh.....Alhamdulilllahhhhhh......

yeah.... 4-1... itulah keputusan perlawanan pembuka tirai liga malaysia 2009....
pertemuan antara selangor dan kedah yang disiarkan secara lansung kat tv1....
terasa amat berbaloi aku gi kedah tuk tgk game ni.....
best woooo.......hilang sume penat.....

perjalanan bermula seawal jam 6.30 pagi.....
pas subuh, aku bertolak ke komuter shah alam.....
amik member aku kat sane....pastu terus ke sg buloh....
amik member lagi kat sane.....
lepak sarapan kat umah die.....
dalam kul 9, kami bertolak ke RnR rawang arah utara yang merupakan check point konvoi....

sampai kat RnR, ade yang dah menunngu.....
dalam 15 minit lepak kat situ.....
kami pun bergerak untuk ke darul aman....
sebanyak 7 bijik keta yang berkonvoi ke darul aman.....
walaupun hujan selang seli sepanjang perjalanan....
namun alhamdulillah.....perjalanan lancar tanpa sebarang kejadian yang tak diingini....



tempat perhentian pertama kami adalah kat RnR sungai perak.....
berenti jap....minum2...makan2....senam2 sikit....hehehe....
dalam kul 1.15 ptg , perjalan yang masih jauh diteruskan.....
dengan kelajuan sekitar 100kmj - 130kmj, kami tiba di RnR Gurun pade jam 3.45 petang....
kali ni, kami berehat panjang.....solat dan macam2 lagi......
setelah hampir sejam lepak kat RnR gurun ni, perjalanan disambung....
kali ni takde rehat2 dah......
straight je ke stdium darul aman......

kami tiba di perkarangan stadium dalam kul 5.30ptg......
so, berkumpul ngn geng2 sfc yang dah bermalam kat sane.....
sementara menanti untuk masuk ke stadium,
kami berehat tanpa bayar kat lobi hotel seri malaysia.....hehehe....
setelah sume urusan mengabil tiket selesai....
dalam kul 7.00 malam, kami pun bergerak masuk ke dalam Stadium Darul Aman sambil di sambut dengan kate kate provokasi dari fans team lawan....
antaranye " balik laaa selangoq"...."wat abih duit ja mai, bukan menang pun".....
"boleh menang ka???" ......
tapi, selaku penyokong profesional, kami sume wat dek je......
tak heran pun.....hahahahaha.........

pastu pe lagi...tunggu gam start laa...
tentang game, malas nak komen......
hahahahaha.....bace je kat paper....kekekek....

*klik gambar untuk saiz sebenar

Kedah kena ganyang

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED

JUARA treble musim lalu, Kedah tumbang di gelanggang sendiri.
Mereka diganyang oleh Selangor 4-1 pada perlawanan Piala Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah.

Lebih malang, kekalahan itu berlaku di hadapan penyokong sendiri di Stadium Darulaman, Alor Star malam tadi.

Yang pasti, keghairahan 30,000 penyokong tuan rumah untuk melihat Sang Kenari mencipta sejarah merangkul tujuh piala dalam masa dua tahun musnah dalam masa 90 minit gara-gara aksi cemerlang skuad Gergasi Merah yang dibimbing oleh K. Devan itu.

Selangor tidak menunggu lama untuk menghasilkan gol.

Selepas dua minit perlawanan bermula pasukan pelawat sudah mendahului 1-0 menerusi jaringan ketua pasukan, Amri Yahyah.

Pasukan tuan rumah yang cuba bangkit menyamakan kedudukan bagaimanapun gagal mendapatkan penyudah yang baik apabila cubaan mereka mudah dibaca lawan.

Kegagalan penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Elias menangkap kemas rembatan Mohd. Zameer Zainun pada minit ke-21 terus memberi tekanan pasukan tuan rumah yang terus dihimpit duka pada minit ke-36 apabila Selangor meledak gol ketiga menerusi Amri.

Pada babak kedua, tiada sebarang tanda bahawa Kedah akan bangkit memberi tentangan.

Sebaliknya mereka terus dihukum apabila kehilangan seorang pemain, Farizal Rozali yang diperintah keluar padang selepas bertindak kasar ke atas penjaga gol Selangor, Mohd. Nasril Nourdin.

Akibatnya, derita mereka semakin bertambah apabila Selangor memperoleh gol keempat menerusi jaringan Safee Sali pada minit ke-59.

Gol sagu hati Kedah hanya hadir pada minit ke-89 menerusi Khyril Muhymeen.

Pada perlawanan lain, Terengganu tewas 2-3 kepada Perlis di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, sementara PDRM pula dikalahkan UPB-MyTeam 0-3 di Paroi.

Pahang turut mengalami kekalahan di gelanggang sendiri apabila tunduk 2-3 kepada Johor FC, sementara Pulau Pinang tewas 0-3 kepada Negeri Sembilan juga di tempat sendiri.

--Kosmo!


*klik gambar untuk saiz sebenar

Juara treble dibelasah


KUALA LUMPUR – Selangor membuka tirai Liga Malaysia 2009 dengan bergaya apabila merangkul Piala Sultan Ahmad Shah selepas membelasah juara treble berganda, Kedah 4-1 dalam perlawanan Sumbangsih di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Dua daripada gol Selangor dijaringkan ketua pasukan, Amri Yahyah pada minit ke-3 dan 36 manakala dua gol lagi masing-masing menerusi Zameer Zainun (m-32) dan Safee Sali (m-58).

Gol tunggal tuan rumah pula dijaringkan Kyrill Muhymeen pada minit ke-89.

Namun pemain paling malang malam tadi adalah penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Elias yang melepaskan tiga gol mudah termasuk mengulangi persembahan buruknya pada Piala AFF baru-baru ini dengan menampan bola masuk ke gawang sendiri.

Helmi kemudiannya digantikan dengan penjaga gol simpanan Kedah, Mohd. Al- Hafiz Hamzah pada minit ke-38 namun masih gagal menghalang Selangor menjaringkan gol keempat di babak kedua.

Kemenangan Selangor itu sekali gus meleburkan sama sekali harapan Kedah untuk menempa sejarah menjadi pasukan pertama dalam merangkul trofi ketujuh dalam dua musim di bawah kendalian jurulatih, Mohd. Azraai Khor Abdullah.

Ia juga merupakan kekalahan kedua berturut-turut Kedah dalam saingan Sumbangsih ini selepas tewas kepada Perlis musim lalu.

Kedah yang beraksi di depan 30,000 penyokong sendiri termasuk Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah buntu mencari gol sejak perlawanan bermula meski pun melancarkan serangan bertali arus.

Sebaliknya Selangor yang dibimbing jurulatih baru, K. Devan bijak menyempurnakan setiap peluang yang diperoleh di depan gawang lawan.

Malang bagi pemain muda Kedah yang baru dua minit dimasukkan, Farizal Rozali selepas dilayangkan kad merah pada minit ke-54 ekoran mengasari penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad.

Ketiadaan pemain import benar-benar dirasai Kedah seolah-olah membenarkan tanggapan kekuatan Sang Kenari sebelum ini bersandar sepenuhnya kepada pemain import.

Sementara itu, sebahagian besar pasukan tuan rumah yang beraksi dalam perlawanan pembuka tirai musim baru ini tewas semalam.

Di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu walaupun dua kali berjaya bangkit daripada ketinggalan akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan 2-3 kepada Perlis.

Chan Wing Hoong muncul wira pasukan pelawat apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-47 selepas dua gol awal mereka menerusi Nazaruddin Yusof (m-5) dan Ridzuan Othman (m-19) dinafikan Terengganu.

Pahang pula mensia-siakan kelebihan dua gol sebelum tumbang 2-3 di gelanggang sendiri kepada Johor FC dalam aksi di Stadium Darul Makmur.

Selepas selesa mendahului, Johor FC menggunakan 30 minit terakhir permainan untuk menjaringkan tiga gol menerusi M. Sivakumar (m-62) dan Mohd. Riduan M’aon (m-76, 88).

Pulau Pinang juga gagal menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri apabila dibelasah Negeri Sembilan 0-3 dalam perlawanan di Stadium Bandaraya.

Selepas terikat tanpa jaringan di babak pertama, Mohd. Zaquan Adha Razak membuka jaringan buat pasukan pelawat menerusi sepakan penalti pada minit ke-54 diikuti gol kedua lima minit kemudian sebelum Idris Karim menyumbang gol ketiga (m-62).

Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang hampir menarik diri daripada Liga Super musim ini turut menerima nasib sama apabila tewas 0-3 kepada UPB-MyTeam di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Satu-satunya pasukan tuan rumah yang mencatat kemenangan semalam adalah Perak yang menewaskan Kuala Muda NAZA 2-0 di Stadium Perak.

Perak bagaimanapun terpaksa menunggu hingga babak kedua permainan sebelum berjaya menembusi kubu pelawat menerusi Wan Hussin Wan Abd. Ghani (m-64) dan Sharizal Mohd. Saad (m-90).

Dalam pada itu perlawanan Kelantan dan KL PLUS yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu ditunda akibat hujan lebat.

--Utusan Malaysia


~Dimana Teknologi Mengabadi Kenangan~

1 comment:

applejack said...

keh keh keh.. nanti aku nak suh pak din ngan pak yus baca blog ko... bagi hati ada kasi bakar sket2... nanti kalu ada bau2 hangit trbakar tu.. ko paham2 je la mal

~Dimana Teknologi Mengabadi Kenangan~ © 2008
|| 2008 SkamalS Pikcer dot blogspot dot Com || All rights reserved © ||
Template by: SkinCorner