19 April 2009

SELANGOR - Yeahhh !!! Sekali Lagi Kite ke Finallll.....go selangor go....

*klik gambar untuk saiz sebenar (gambar hiasan)

Selangor merah kuning (red giant)

Merah kuning lambang kebanggaan,
Selangor merancang kejayaan,
Gemuruh sorakkan menggegarkan,
Cabaran disambut dengan kesungguhan,

Kecemerlangan,
Kecemerlangan,
Kecemerlangan jadi kenyataan...

*Merah kuning keberanian,
Merempuh segala halangan,
Sekali melangkah buktikan kemampuan,

Selangor Darul Ehsan 2x

S
alam...
Alhamdulillah.....wat kedua kali berturut2 selangor melayakkan diri ke perlawanan akhir saingan piala FA.....
pada musim lepas, perlawanan akhir piala FA menyaksikan kekalahan selangor 3-2 kepada pasukan kedah....
namun pada tahun ini, sekali lagi selangor beraksi dipentas final setalah Wak Am berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 90 dalam perlawanan separuh akhir kedua menentang perlis di stadium shah alam semalam....
satu perlawanan yang menarik dan mendebarkan......
dalam perlawanan separuh akhir pertama, selangor sekadar seri 1-1 dengan perlis di stadium utama kangar....

*klik gambar untuk saiz sebenar

dalam perlawanan malam tadi.....gol pertama selangor hadir apabile Wak Am menyempurnakan hantaran lintang Rudie.....
namun beberapa minit kemudian....
perlis bangkit menyamakan kedudukan melalui azi sharil yang menyepak deras menewaskan Boted....
malam ajaib selangor tibe hanye di minit 90 permainan apabila Wak Am sekali lagi menyempurnakan hantaran d.surendran melalui sepakan sudut yang ke 10....
jadi Selangor menang dengan agregat 3-2....
tahniah diucapkan kepada semua pemain, jurulatih, mr manager dan semua penyokong2 Gergasi Merah.....

Untuk perlawanan akhir, selangor akan dilayan oleh pasukan Kelantan yang berjaya mengikat Negeri Sembilan dengan 2-2 dalam perlawanan separuh akhir...
bagaimanapun, kelantan layak ke final berdasarkan peraturan away goal....
Butiran untuk Final Piala Fa 2009 :

Kelantan LWN Selangor

Tarikh : 25 April 2009
Masa : 08.45 malam
Tempat : TBA

jadi, buat penyokong selangor.......marilah beramai2 kite turun ke perlawanan akhir ni....
beri sokongan yang tak berbelah bagi untuk pasukan kite.......

Go Selangor Go.........

Barisan Kita

~inilah barisan kita
~yang ikhlas berjuang
~ siap sedia berkorban
~ untuk ibu pertiwi
~ sebelum kami berjaya
~ jangan harap kami pulang
~ inilah sumpah pendekar kita
~ menuju medan bakti
~ andai kata kami gugur semua
~ taburlah bunga diatas pusara
~ kami mohon doa
~ SELANGOR berjaya
~ semboyan telah berbunyi
~ menuju medan bakti

SELANGOR...dum..dum...dum....
SELANGOR...dum...dum...dum...
SELANGOR...dum...dum...dum...

73 de kamal......Cherioooooo.....

Laluan Selangor Piala Fa 2009

Pusingan Pertama :
Selangor dapat by

Pusingan Kedua :
Selangor (2) lwn K. Lumpur (1)

Suku Akhir :
Selangor (4) lwn Perak (1)

Separuh Akhir :
Selangor (3) lwn Perlis (2)

*keputusan dalam kurungan ikut agregat

Selangor menang 2 - 1 (agregat 3 - 2)

SHAH ALAM - Selangor menghampiri kejuaraan Piala FA buat kali kelima apabila menundukkan Perlis 2-1 pada perlawanan separuh akhir kedua sekali gus menang dengan agregat 3-2.

Juara 1991, 1997, 2001 dan 2005 itu membuktikan kejaguhannya di Stadium Shah Alam, semalam menerusi dua jaringan ketua pasukan, Amri Yahyah biarpun sempat menerima tentangan dan cuba diikat dengan gol Azi Shahril Azmi.

Merah Kuning yang mengikat Singa Utara 1-1 di Kangar, 7 April lalu, membuka gol dengan tandukan rendah Amri yang menyudahi umpanan lambung Rudie di sebelah kanan untuk menembusi kawalan Farizal pada minit ke-15.

Malangnya, Singa Utara hanya membenarkan Merah Kuning bergembira selama dua minit apabila rembatan deras pemain tengah negara, Azi menewaskan penjaga gol Hamsani Ahmad sekali gus menyamakan kedudukan 1-1.

Pada minit ke-32, bek kanan tuan rumah, D. Surendran sempat mengancam gawang pelawat dengan sepakan bebas dari luar petak sejauh 30 meter namun Farizal ternyata lebih cekap membaca percubaan itu lalu menepisnya.

Dalam tempoh dua minit awal babak kedua, Selangor beroleh peluang keemasan untuk kembali mendahului, namun rembatan Safee dan sepakan bebas Surendran sekadar menyinggahi tiang dan palang gol Perlis.

Tempoh selebihnya jelas milik Selangor yang melancarkan pelbagai gerakan dan asakan menerusi Rudie, Amri, Safee dan Amirulhadi Zainal yang masuk menggantikan R. Surendren, namun kubu lawan masih kukuh menyerapnya.

Penantian gol kemenangan yang menyeksakan tuan rumah itu tiba-tiba berkesudahan setelah Amri sekali lagi menggunakan kepalanya untuk menewaskan Farizal hasil sepakan sudut Surendran pada minit ke-90.

Perlawanan semalam berlangsung dalam keadaan terkawal dan semangat kesukanan yang tinggi.

~Dimana Teknologi Mengabadikan Kenangan~

2 comments:

Andriy Syukri Krevalichenko said...

Ooo Yeah..~Go Selangor Go..!

skamals said...

We Are The Champion !!!!

~Dimana Teknologi Mengabadi Kenangan~ © 2008
|| 2008 SkamalS Pikcer dot blogspot dot Com || All rights reserved © ||
Template by: SkinCorner